Iklan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik IPTA Untuk Pengajian Peringkat Sarjana, Sarjana Perubatan dan PhD Bagi Sesi Pengajian Semester 1 2024/2025

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan

IKLAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI STAF BUKAN AKADEMIK IPTA (STAF PENTADBIRAN GRED 41 DAN KE ATAS) TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA, SARJANA PERUBATAN DAN PhD BAGI SESI PENGAJIAN SEMESTER 1 2024/2025

Sukacita dimaklumkan iklan tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi Staf Bukan Akademik IPTA (Staf Pentadbiran Gred 41 dan ke atas) untuk sesi pengajian Semester 1 2024/2025 telah dibuka.

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 30 Tahun 2023 berkenaan perkara di atas untuk rujukan dan tindakan berkaitan pihak YBhg. Datuk /Dato’/Datin /Profesor /Tuan /Puan selanjutnya.

Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan di Bahagian Kemajuan Kerjaya adalah selewatnya pada 08 Disember 2023, jam 5.00 petang bagi proses perakuan di peringkat majikan. Permohonan yang diterima melepasi tarikh akhir yang ditetapkan tidak akan diproses untuk perakuan oleh pihak majikan.

Sebarang pertanyaan/masalah/cadangan/maklum balas berkaitan iklan biasiswa ini boleh dimajukan kepada Urusetia (Unit Cuti Belajar dan Biasiswa Pentadbiran) melalui emel rasmi di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03-55443109 / 03-55443237.
 
Perhatian dan bantuan pihak tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 

Saya yang menjalankan amanah,

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media