PENGENALAN

Lanjutan dari penstrukturan semula Pejabat Pendaftar pada 1 Jun 2015, Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen (BRPK) telah ditubuhkan bagi mengantikan Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen (BPRPK). 

BRPK terdiri dari lapan belas (18) orang staf seperti berikut:

JAWATAN GRED BILANGAN STAF
Timbalan Pendaftar N48 1
Penolong Pendaftar Kanan N44 1
Pegawai Eksekutif Kanan N32 1
Kerani Kanan N22 5
Kerani N19 9
Pembantu Operasi N11 1
FUNGSI BAHAGIAN

Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen (BRPK) melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Pengurusan Rekod Pelajar
  • Pengurusan Konvokesyen
PIAGAM PELANGGAN
  1. Permohonan transkrip rasmi alumni disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  2. Skrol dan transkrip rasmi diserahkan kepada graduan selepas setiap sidang konvokesyen selesai.
  3. Permohonan skrol bagi pertukaran taraf pengajian daripada Diploma ke Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lanjutan ke Ijazah Sarjana Muda Am dan Diploma Lanjutan ke Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  4. Surat pengesahan pelajar/alumni dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  5. Surat kelulusan menarik diri daripada meneruskan pengajian (UiTM Selangor) dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  6. Keputusan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) diumumkan kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan melalui Portal Pelajar.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media