CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN / TANPA BIASISWA KEPADA PENOLONG PENSYARAH UiTM BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2023

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan

IKLAN TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN / TANPA BIASISWA KEPADA PENOLONG PENSYARAH UiTM BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2023

Sukacita dimaklumkan iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan / Tanpa Biasiswa (peringkat Sarjana Muda) kepada Penolong Pensyarah UiTM bagi tahun 2023 mula dibuka pada 17 April 2023 (Isnin).

 

Bersama-sama ini dilampirkan Pekeliling Pendaftar Bilangan 11 Tahun 2023 untuk rujukan pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan.

Penolong Pensyarah UiTM yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara dalam talian (online) mulai 17 April 2023 (Isnin) melalui portal i-Staf eBiasiswa Pelaksana di laman web rasmi UiTM www.uitm.edu.my

Pautan eBiasiswa Pelaksana: https://eproses.uitm.edu.my/mye/eBiasiswaSokongan/ 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mei 2023 (Rabu) jam 5.00 petang.

 

Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut TIDAK akan diproses.

Sebarang pertanyaan/masalah/cadangan/maklum balas berkaitan iklan biasiswa ini boleh dimajukan kepada

 

Urusetia (Unit Cuti Belajar dan Biasiswa Pentadbiran)

melalui emel rasmi di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

atau di talian 03-55443184 / 3272 / 3237.

 

 

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media