CERTIFIED HUMAN RESOURCES MANAGER MODUL 1,  20-21 JULAI 2024

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

Alhamdulillah telah berlangsung selama dua hari CHRO Public Sector Modul 1 pada 20-21 Julai 2024 (Sabtu-Ahad)... seramai 25 org peserta telah menyertai dengan aktif, berinteraksi dan membentangkan perbincangan berkaitan modul 1 - Principles and Functions of HR Management & Organisation Behaviour dalam konteks perkhidmatan awam.

Penghargaan dan Terima kasih kepada penceramah pada modul 1 ini, Encik Azrul Izham Hamzah (MOF) dan Encik Noorsyafiq Nazri (JPA) dan barisan AJK dan peserta yang terlibat dalam memastikan program berjalan lancar.

Turut hadir pada hari pertama Presiden MIHRM, Mr Simon Benjamin, Bendahari Kehormat MIHRM, Mr Koljit Singh dan Eksekutif Kanan MIHRM, Encik Shah.

Encik Mohd Zahurin dan Encik Muhd Nazri Michael alumni CHRM Public Sector turut hadir sebagai mentor untuk menyokong mentee masing-masing dan semua peserta.

Taklimat Pembukaan dan Penutup telah disampaikan oleh Ts Mohd Rafizi Rahmad selaku Pengarah Projek.

Insya Allah para peserta dan barisan jawatankuasa akan terus bersemangat untuk merealisasikan modul 2 hingga modul 6 yang telah dijadualkan sehingga 25 Ogos 2024.

-Pengarah & AJK Projek VCSP P403 CHRO PS 2024-





HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media