Selamat Datang kepada Puan Fauziah Sulaiman dan Puan Suri Yati Amran Auditor SIRIM QAS International Sdn Bhd bagi Audit Tahap 2 : Pematuhan ISO9001:2015 Pejabat Pendaftar pada 9-10 Januari 2017 bertempat di Bilik Sidang Aras 3, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

 

Dimaklumkan bahawa tawaran opsyen secara atas talian bagi pertukaran pelantikan melalui pekeliling perkhidmatan bilangan 1 tahun 2016 dibuka mulai jam 9 pagi pada 29 Jun 2016 sehingga 28 Julai 2016. Sehubungan itu, tuan/puan adalah diminta untuk memilih tawaran opsyen dan menghantar salinan borang opsyen melalui Ketua PTJ untuk dimajukan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi. Sebarang Pertanyaan sila hubungi talian telefon 55443094/55241316/55443133/55443082.

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan mengadakan Taklimat Demo dan Online Opsyen Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia seperti berikut :-

Tarikh : 28 Jun 2016 (Selasa)
Masa : 9:00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar Bahagian Hal Ehwal Akademik (Belakang Pejabat Pos UiTM)
Menara Sultan Abdul Aziz Shah
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Majlis Sumber Manusia (MSM) secara edaran pada 3 Jun 2016 telah bersetuju menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Mengenai Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan ingin memohon penukaran waktu berperingkat (WB), tuan/puan dikehendaki mengisi borang seperti yang telah dilampirkan bersama pekeliling tersebut.

UiTM pada masa ini menggunakan panduan kerja lebih masa berdasarkan Perintah Am Bab "G" 1974 (Waktu Bekerja dan Lebih Masa) dan pindaaan-pindaannya serta pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa. Bagi memperkemaskan proses dan selaras dengan keperluan universiti, Lembaga Pengarah Universiti pada mesyuarat ke-150 bertarikh 16 Februari 2016 telah membuat keputusan meluluskan Garis Panduan Kerja Lebih Masa Edisi Pertama tahun 2016 Universiti Teknologi MARA.