Kunjungan hormat MASTI kepada Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam

Tarikh : 20 Mac 2018

Masa : 10 pagi

Tempat : UiTM Shah Alam

Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) telah meluluskan penerimaan pakai Surat Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 Bertajuk Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Pendaftar Bil. 43/2009 bertarikh 24 Julai 2009. Semua PTJ dan Warga Universiti wajib menetapkan Sasaran Kerja Tahuan (SKT) pada setiap awal tahun. Penetapan SKT ini dilaksanakan bertujuan bagi menentukan arah haluan, matlamat dan sasaran kerja organisasi disamping memastikan sistem kerja yang berkesan bagi mencapai SKT yang ditetapkan bagi tahun tersebut.

Majlis Sumber Manusia UiTM (MSM) dalam Mesyuarat ke-16 telah bersetuju menerima cadangan penambahbaikan kaedah penilaian prestasi tahunan secara atas talian bagi Staf Pentadbiran dan cadangan Integrasi Sistem OPAL bagi Akademik menerusi SISTEM HR2U. Sistem ini telah dibangunkan dan sedia untuk digunapakai bagi Modul LNPT. Oleh itu, Semua warga UiTM (staf Pentadbiran) adalah dikehendaki mengisi SKT setiap awal tahun mulai 2018 menggunakan Sistem HR2U bagi menggantikan borang manual.

Sila klik ke Pautan HR2U untuk tindakan selanjutnya. Anda juga boleh melayari terus ke Laman Sesawang: https://hr2u.uitm.edu.my

Akses kepada SKT 2018 secara atas talian akan mula dibuka mulai 19 MAC 2018 sehingga 19 APRIL 2018

Bersama-sama ini dimajukan Pekeliling Pendaftar Bil. 7 Tahun 2018 berkenaan Permohonan Membawa ke Hadapan Baki Cuti Rehat & Pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2017 ke Tahun 2018 untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/ Prof/ Tuan/ Puan selanjutnya.

Pekeliling dikeluarkan pada 1 Februari 2018 dan berkuat kuasa pada 1 Februari 2018.

Pejabat Pendaftar dan Ketua-Ketua Skim Perkhidmatan dengan kerjasama Persatuan Pentadbir UiTM akan menganjurkan Seminar Pentadbir UiTM Tahun 2017 dan Pelancaran Anugerah Pentadbir UiTM bersempena Hari Pentadbir Universiti Awam. Program ini julung kalinya dianjurkan dengan penglibatan para pentadbir seluruh sistem universiti yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 September 2017 (Isnin)
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Tema : “Revolusi Industri 4.0 : Cabaran Pentadbir Universiti”

Penceramah Jemputan:

  1. YBhg. Tan Sri Zarinah Anwar
    Pro-Canselor UiTM

  2. YBhg. Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir
    Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
    Jabatan Pendidikan Tinggi

Dengan ini, pihak penganjur amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan menghadiri seminar ini. Untuk makluman, seminar ini akan dihadiri oleh :

  • Pengurusan Tertinggi UiTM
  • Pendaftar Universiti Awam Malaysia
  • Dekan dan Timbalan Dekan UiTM
  • Exco Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI)
  • Presiden Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia
  • * Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbiran)
  • * Staf Kumpulan Pelaksana

*Terdiri daripada staf seperti mana yang dinyatakan dalam surat jemputan kepada Pusat Tanggungjawab masing-masing.

Sila hubungi Jawatankuasa Seminar Pentadbir UiTM 2017 di talian 03-5544 3237/ 3106/ 3236/ 3182/ 3095/ 3108/ 3103/ 3138/ 3134 bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung program ini. Segala kerjasama yang diberi YBhg. Datuk/Datin/Prof/Tuan/Puan amat dihargai.

Semua peserta kursus mengemaskini serta mengulangkaji proses kerja dan isu-isu berkaitan supaya dapat memberikan impak yang maksima dan berperanan dengan baik semasa HRWT Zon 6 dijalankan. Berikut adalah maklumat berkenaan HRWT Intensive Course:

Tarikh: 21 September 2017 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Al Ghazali, BKK