Merujuk kepada iklan tawaran peperiksaan yang dikeluarkan pada 2 Februari 2016, dimaklumkan tarikh peperiksaan perkhidmatan telah dipinda ke 18 dan 19 Mei 2016 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dimajukan kepada Bahagian Kemajuan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia ditalian 03-5544 3185/ 55211621.

Dimaklumkan bahawa kampus-kampus baharu UiTM dijangka akan beroperasi seperti berikut:

  1. Institut Kepimpinan dan Pembangunan / Institute of Leadership and Development (ILD) – Julai 2016
  2. UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau – Ogos 2016

Sehubungan itu tawaran adalah dibuka kepada staf pentadbiran UiTM yang berminat untuk bertukar ke kampus-­kampus baharu tersebut.

Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Semakan Penyesuaian Semula Bajet 2016 pada 28 Januari 2016,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan:

  1. Pengurangan kadar berkanun  syer pekerja dari 11% kepada 8% untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun.
  2. Pengurangan kadar berkanun syer pekerja dari 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun ke atas
  3. Tempoh kuatkuasa adalah mulai gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) sehingga bulan Disember 2017 (Caruman bulan Januari 2018).
  4. Mulai 1 Januari 2018, diberi semula kadar caruman mengikut kadar sebelum opsyen

Justeru, Bahagian Saraan dan Kemudahan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar meminta supaya staf UiTM yang masih mencarum, perlu membuat opsyen samada bersetuju dengan pengurangan kadar caruman atau bersetuju untuk mengekalkan kadar caruman 11%. Borang Opsyen bagi staf UiTM yang terlibat akan dibuka secara talian mulai 18.2.2016 sehingga 29.2.2016.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan membawa ke hadapan baki Cuti Rehat tahun 2015 ke tahun 2016 dan pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) akan mula dibuka melalui aplikasi dalam talian sistem eCUTI khususnya kepada staf yang berjawatan tetap sahaja mulai 15.02.2016 (Isnin). Permohonan secara dalam talian ini akan ditutup pada 14.03.2016 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, Moderator Cuti dan  Pusat Tanggungjawab perlu memastikan bahawa semua permohonan cuti tahun 2015 secara dalam talian telah dikemaskini/telah diambil tindakan oleh Pegawai Membenar/Melulus  cuti rehat. Sila pastikan permohonan membawa ke hadapan baki Cuti Rehat dan pengumpulan GCR yang dibuat secara dalam talian ini diambil tindakan oleh pegawai bertanggungjawab (Pegawai Melulus Cuti Dibawa Ke Hadapan) dalam tempoh yang dibenarkan mulai 15.03.2016 hingga 31.03.2016.

Dimaklumkan Bahagian Kemajuan Kerjaya, Pejabat Pendaftar, akan menganjurkan Peperiksaan Perkhidmatan UiTM Bil.1/2016 pada tarikh 29 - 31 Mac 2016. Peperiksaan ini melibatkan skim dan gred jawatan seperti di Lampiran 1 yang ditawarkan untuk Peperiksaan Perkhidmatan pada tahun 2016. Sekiranya terdapat jawatan staf yang tidak tersenarai, mohon dimaklumkan untuk semakan pihak kami.