Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di:-

  1. Kampus Shah Alam
  2. Kampus Cawangan
  3. Hospital UiTM
  4. Fakulti Perubatan
  1. Untuk Bukan Staf UiTM
    1. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 16 Februari 2020 hingga 2 Mac 2020 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
    2. Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
    3. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
    4. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
    5. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
      1. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
      2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
      3. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).

  2. Untuk Staf UiTM Sahaja
    Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara dimana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal I-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.

Tarikh Tutup Iklan : 2 Mac 2020

{jd_file file==871}

Makluman!

Harap maaf! Tiada iklan bagi kategori ini pada masa ini.

Makluman!

Harap maaf! Tiada iklan bagi kategori ini pada masa ini.

Makluman!

Harap maaf! Tiada iklan bagi kategori ini pada masa ini.