Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Semakan Penyesuaian Semula Bajet 2016 pada 28 Januari 2016,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan:

  1. Pengurangan kadar berkanun  syer pekerja dari 11% kepada 8% untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun.
  2. Pengurangan kadar berkanun syer pekerja dari 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun ke atas
  3. Tempoh kuatkuasa adalah mulai gaji bulan Mac 2016 (Caruman bulan April 2016) sehingga bulan Disember 2017 (Caruman bulan Januari 2018).
  4. Mulai 1 Januari 2018, diberi semula kadar caruman mengikut kadar sebelum opsyen

Justeru, Bahagian Saraan dan Kemudahan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar meminta supaya staf UiTM yang masih mencarum, perlu membuat opsyen samada bersetuju dengan pengurangan kadar caruman atau bersetuju untuk mengekalkan kadar caruman 11%. Borang Opsyen bagi staf UiTM yang terlibat akan dibuka secara talian mulai 18.2.2016 sehingga 29.2.2016.

Bagi staf yang ingin mengekalkan kadar caruman, staf perlu melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (KWSP 17A Khas 2016) dan perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Ketua Pentadbiran/Ketua Bahagian masing-masing untuk disahkan (setelah staf membuat opsyen)

Bagi staf di kampus-kampus negeri, Ketua Jabatan/Ketua Pentadbiran perlu menyerahkan Borang 17A KWSP yang  telah disahkan (beserta cop rasmi Jabatan)  ke pejabat KWSP yang berhampiran. Manakala bagi staf di bawah pentadbiran kampus Negeri Selangor, borang tersebut boleh dikemukakan kepada Bahagian Saraan & Kemudahan, Aras 3, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

Pemakluman terkini mengenai opsyen akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini tuan/puan boleh terus menghubungi Bahagian Saraan dan Kemudahan di talian 03-55443040 / 3044 / 3028 / 3061 /3062.