Adalah dimaklumkan bahawa permohonan membawa ke hadapan baki Cuti Rehat tahun 2015 ke tahun 2016 dan pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) akan mula dibuka melalui aplikasi dalam talian sistem eCUTI khususnya kepada staf yang berjawatan tetap sahaja mulai 15.02.2016 (Isnin). Permohonan secara dalam talian ini akan ditutup pada 14.03.2016 (Isnin).

Sehubungan dengan itu, Moderator Cuti dan  Pusat Tanggungjawab perlu memastikan bahawa semua permohonan cuti tahun 2015 secara dalam talian telah dikemaskini/telah diambil tindakan oleh Pegawai Membenar/Melulus  cuti rehat. Sila pastikan permohonan membawa ke hadapan baki Cuti Rehat dan pengumpulan GCR yang dibuat secara dalam talian ini diambil tindakan oleh pegawai bertanggungjawab (Pegawai Melulus Cuti Dibawa Ke Hadapan) dalam tempoh yang dibenarkan mulai 15.03.2016 hingga 31.03.2016.

Permohonan membawa ke hadapan baki Cuti Rehat dan pengumpulan GCR  yang dibuat secara manual selepas tarikh tutup permohonan ini  tidak akan diproses kecuali bagi staf yang dalam tempoh bercuti yang diluluskan dalam jangka masa panjang atau melebihi satu (1) bulan dalam tempoh permohonan dibuka.

Bagi staf yang dalam tempoh Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah, Cuti Belajar dan Cuti Tanpa Gaji mengikut pasangan melebihi tempoh satu (1) tahun TIDAK layak memohon.