Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di:-
- Kampus Shah Alam
- Kampus Cawangan
- Hospital UiTM
- Fakulti Perubatan
- Untuk Bukan Staf UiTM
- Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 16 Februari 2020 hingga 2 Mac 2020 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
- Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
- Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
- Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
- Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
- Untuk Staf UiTM Sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara dimana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal I-Staf → eProses & Sistem Sokongan → ePengambilan Staf.
Tarikh Tutup Iklan : 2 Mac 2020
{jd_file file==871}