Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Universiti Teknologi MARA mempelawa Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional di UiTM Shah Alam dan Cawangan yang layak, untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 20 bagi tahun 2019.

Pekeliling Pendaftar yang berkenaan telah mula diedarkan kepada semua Jabatan dan ianya boleh dimuat turun melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat (mulai 22 April 2019) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.

Semua permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat mulai 22 April 2019 (Isnin) dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan seterusnya mendaftar (Login ID) di Portal i-Staf.

Sebarang masalah/cadangan/maklumbalas berkaitan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat atau mzahurinr@uitm.edu.my, sitifa@salam.uitm.edu.my atau izawany@salam.uitm.edu.my. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 6 Mei 2019 (Isnin) jam 12.00 tengah malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan memaklumkan perkara tersebut di atas kepada staf di jabatan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.