Universiti Teknologi MARA mempelawa Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana di seluruh sistem yang layak, untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan-jawatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 14 bagi tahun 2019.

Pekeliling Pendaftar yang berkenaan telah mula diedarkan kepada semua Jabatan dan ianya boleh dimuat turun melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat (mulai 1 April 2019) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.  

Semua permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat mulai 1 April 2019 (Isnin) dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan seterusnya mendaftar (Login ID) di Portal i-Staf.

Sebarang masalah/cadangan/maklumbalas berkaitan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat mzahurinr@uitm.edu.my atau sitifa@uitm.edu.my atau izawany@uitm.edu.my . Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 15 April 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengah malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut TIDAK  akan diproses.

Bersama-sama ini dimajukan Pekeliling Pendaftar Bil. 14 Tahun 2019 berkenaan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional Dan Kumpulan Pelaksana Tahun 2019 untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato'/Datin/ Prof/ Tuan/ Puan selanjutnya.