Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan iklan tawaran menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 1/ 2019 telah dibuka mulai 1 Mac 2019.

Staf pentadbiran UiTM (Gred 11 hingga 41) yang belum menduduki/ belum lulus Peperiksaan Perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan adalah dipelawa untuk membuat permohonan dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal i-Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2019. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Bahagian Kemajuan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar di talian 03-5544 3185 atau 03-5521 1621.