Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) telah meluluskan penerimaan pakai Surat Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 Bertajuk Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Pendaftar Bil. 43/2009 bertarikh 24 Julai 2009. Semua PTJ dan Warga Universiti wajib menetapkan Sasaran Kerja Tahuan (SKT) pada setiap awal tahun. Penetapan SKT ini dilaksanakan bertujuan bagi menentukan arah haluan, matlamat dan sasaran kerja organisasi disamping memastikan sistem kerja yang berkesan bagi mencapai SKT yang ditetapkan bagi tahun tersebut.

Majlis Sumber Manusia UiTM (MSM) dalam Mesyuarat ke-16 telah bersetuju menerima cadangan penambahbaikan kaedah penilaian prestasi tahunan secara atas talian bagi Staf Pentadbiran dan cadangan Integrasi Sistem OPAL bagi Akademik menerusi SISTEM HR2U. Sistem ini telah dibangunkan dan sedia untuk digunapakai bagi Modul LNPT. Oleh itu, Semua warga UiTM (staf Pentadbiran) adalah dikehendaki mengisi SKT setiap awal tahun mulai 2018 menggunakan Sistem HR2U bagi menggantikan borang manual.

Sila klik ke Pautan HR2U untuk tindakan selanjutnya. Anda juga boleh melayari terus ke Laman Sesawang: https://hr2u.uitm.edu.my

Akses kepada SKT 2018 secara atas talian akan mula dibuka mulai 19 MAC 2018 sehingga 19 APRIL 2018