Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan mengadakan Taklimat Demo dan Online Opsyen Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia seperti berikut :-

Tarikh : 28 Jun 2016 (Selasa)
Masa : 9:00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seminar Bahagian Hal Ehwal Akademik (Belakang Pejabat Pos UiTM)
Menara Sultan Abdul Aziz Shah
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

 

Demo dan online opsyen ini hanya melibatkan staf yang berjawatan seperti di bawah dan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dalam skim perkhidmatan baharu yang berkuat kuasa.

  1. Juruteknik Komputer
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  3. Pembantu Audit
  4. Pembantu Penerbitan
  5. Pembantu Penyediaan Makanan

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk hadir ke sesi taklimat tersebut bagi melancarkan lagi proses pelaksanaan opsyen. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon 55443094/55211316/55443133/55443082.

Disertakan Manual Online Opsyen untuk rujukan tuan/puan.