Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan mengadakan Taklimat Demo dan Online Opsyen Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia seperti berikut :-
Tarikh | : | 28 Jun 2016 (Selasa) |
Masa | : | 9:00 pagi - 10.00 pagi |
Tempat | : | Dewan Seminar Bahagian Hal Ehwal Akademik (Belakang Pejabat Pos UiTM) Menara Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Teknologi MARA, Shah Alam |
Demo dan online opsyen ini hanya melibatkan staf yang berjawatan seperti di bawah dan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dalam skim perkhidmatan baharu yang berkuat kuasa.
- Juruteknik Komputer
- Pembantu Tadbir (Kewangan)
- Pembantu Audit
- Pembantu Penerbitan
- Pembantu Penyediaan Makanan
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk hadir ke sesi taklimat tersebut bagi melancarkan lagi proses pelaksanaan opsyen. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon 55443094/55211316/55443133/55443082.
Disertakan Manual Online Opsyen untuk rujukan tuan/puan.