Majlis Sumber Manusia (MSM) secara edaran pada 3 Jun 2016 telah bersetuju menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Mengenai Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan ingin memohon penukaran waktu berperingkat (WB), tuan/puan dikehendaki mengisi borang seperti yang telah dilampirkan bersama pekeliling tersebut.