UiTM pada masa ini menggunakan panduan kerja lebih masa berdasarkan Perintah Am Bab "G" 1974 (Waktu Bekerja dan Lebih Masa) dan pindaaan-pindaannya serta pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa. Bagi memperkemaskan proses dan selaras dengan keperluan universiti, Lembaga Pengarah Universiti pada mesyuarat ke-150 bertarikh 16 Februari 2016 telah membuat keputusan meluluskan Garis Panduan Kerja Lebih Masa Edisi Pertama tahun 2016 Universiti Teknologi MARA.

Pekeliling dikeluarkan pada 29 Februari 2016 dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2016.