Dimaklumkan bahawa kampus-kampus baharu UiTM dijangka akan beroperasi seperti berikut:

  1. Institut Kepimpinan dan Pembangunan / Institute of Leadership and Development (ILD) – Julai 2016
  2. UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau – Ogos 2016

Sehubungan itu tawaran adalah dibuka kepada staf pentadbiran UiTM yang berminat untuk bertukar ke kampus-­kampus baharu tersebut.

Cara-­cara permohonan:

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Pertukaran Staf Pentadbiran UiTM 1/2013;
  2. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing dan mendapat pengesahan serta ulasan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses;
  3. Pertukaran ini hanya tertakluk kepada staf pentadbiran berstatus TETAP sahaja;
  4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mac 2016.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Bahagian Pengambilan & Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tel: 03­5544 3027/ 3005/ 3007/ 3077/ 3085/ 55211028

Bersama-sama ini dilampirkan jawatan-jawatan yang ditawarkan untuk permohonan pertukaran ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dan Institut Kepimpinan dan Pembangunan / Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan (Rujuk Lampiran A).