Dimaklumkan Bahagian Kemajuan Kerjaya, Pejabat Pendaftar, akan menganjurkan Peperiksaan Perkhidmatan UiTM Bil.1/2016 pada tarikh 29 - 31 Mac 2016. Peperiksaan ini melibatkan skim dan gred jawatan seperti di Lampiran 1 yang ditawarkan untuk Peperiksaan Perkhidmatan pada tahun 2016. Sekiranya terdapat jawatan staf yang tidak tersenarai, mohon dimaklumkan untuk semakan pihak kami.
Peperiksaan akan dibahagikan kepada bahagian-bahagian seperti berikut:
JENIS UJIAN | BAHAGIAN | SUKATAN |
---|---|---|
Objektif | I | Perintah-perintah Am Panduan Pengurusan Pejabat Arahan Keselamatan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam |
Objektif | II | Hal Ehwal UiTM |
|
III | Sukatan peperiksaan adalah yang dikhaskan mengikut jawatan-jawatan yang disandang |
Permohonan hendaklah dihantar melalui Ketua Bahagian Pentadbiran Jabatan masing-masing kepada Bahagian Kemajuan Kerjaya, Pejabat Pendaftar sebelum 15 Februari 2016. Hanya borng permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja akan diproses. Staf hendaklah lulus semua bahagian Peperiksaan Perkhidmatan UiTM untuk layak disahkan ke dalam perkhidmatan.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dimajukan kepada Bahagian Kemajuan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-5544 3104/ 3107/ 3185/ 5521 1621.