Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Untuk Bukan Staf UiTM
    Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  2. Untuk Staf UiTM sahaja
    Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf (http://eproses.uitm.edu.my/mye/ePengambilan/).



TARIKH MULA IKLAN: 14 November 2018 (Rabu)

TARIKH TAMAT IKLAN: 28 November 2018 (Rabu)