Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM khususnya di Hospital Pengajar Universiti (HPU) Kampus Puncak Alam dan Fakulti Perubatan Kampus Sg. Buloh/Selayang.

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di https://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. Sila rujuk cara permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara dalam talian (online).

Tarikh Tutup Iklan : 24/05/2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Universiti Teknologi MARA mempelawa Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional di UiTM Shah Alam dan Cawangan yang layak, untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 20 bagi tahun 2019.

Pekeliling Pendaftar yang berkenaan telah mula diedarkan kepada semua Jabatan dan ianya boleh dimuat turun melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat (mulai 22 April 2019) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.

Semua permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat mulai 22 April 2019 (Isnin) dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan seterusnya mendaftar (Login ID) di Portal i-Staf.

Sebarang masalah/cadangan/maklumbalas berkaitan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat atau mzahurinr@uitm.edu.my, sitifa@salam.uitm.edu.my atau izawany@salam.uitm.edu.my. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 6 Mei 2019 (Isnin) jam 12.00 tengah malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan memaklumkan perkara tersebut di atas kepada staf di jabatan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

Universiti Teknologi MARA mempelawa Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA di dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana di seluruh sistem yang layak, untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan-jawatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 14 bagi tahun 2019.

Pekeliling Pendaftar yang berkenaan telah mula diedarkan kepada semua Jabatan dan ianya boleh dimuat turun melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat (mulai 1 April 2019) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.  

Semua permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat mulai 1 April 2019 (Isnin) dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan seterusnya mendaftar (Login ID) di Portal i-Staf.

Sebarang masalah/cadangan/maklumbalas berkaitan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat mzahurinr@uitm.edu.my atau sitifa@uitm.edu.my atau izawany@uitm.edu.my . Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 15 April 2019 (Jumaat) jam 12.00 tengah malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut TIDAK  akan diproses.

Bersama-sama ini dimajukan Pekeliling Pendaftar Bil. 14 Tahun 2019 berkenaan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional Dan Kumpulan Pelaksana Tahun 2019 untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato'/Datin/ Prof/ Tuan/ Puan selanjutnya.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan iklan tawaran menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 1/ 2019 telah dibuka mulai 1 Mac 2019.

Staf pentadbiran UiTM (Gred 11 hingga 41) yang belum menduduki/ belum lulus Peperiksaan Perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan adalah dipelawa untuk membuat permohonan dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal i-Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2019. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Bahagian Kemajuan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar di talian 03-5544 3185 atau 03-5521 1621.


Bersama-sama ini dimajukan Pekeliling Pendaftar Bil. 8 Tahun 2019 berkenaan Permohonan Membawa ke Hadapan Baki Cuti Rehat & Pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2018 ke Tahun 2019 untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato'/Datin/ Prof/ Tuan/ Puan selanjutnya.