Program Ziarah Kasih Ramadan@JPD UiTM 2026
Anjuran : Kelab Staf Pejabat Pendaftar dan Kelab Kebajikan & Rekreasi Staf Unit Pengurusan Perkhidmatan
Program Khidmat Sosial Komuniti (CSR) Ziarah Kasih Ramadan@JPD UiTM 2026
- 11, 12, 18 Mac 2026 dan 17 April 2026 - (Lawatan Ziarah Kasih)
- 17 Mac 2026 - (Majlis Penyerahan Sumbangan)
Program ini bertujuan untuk menyantuni serta menzahirkan keprihatinan terhadap staf Jabatan Penaftar UiTM yang sedang berhadapan dengan masalah kesihatan dan kewangan sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara. Jumlah penerima sumbangan yang dirancang pada peringkat awal adalah seramai (5) orang penerima yang terdiri daripada staf serta pesara Jabatan Pendaftar UiTM melalui sumbangan dan sokongan yang amat mengalakkan daripada warga Jabatan Pendaftar UiTM melalui sumbangan tunai serta barangan keperluan asas, jumlah sumbangan yang diterima adalah melebihi jangkaan.
Sehubungan itu, pihak jawatankuasa pelaksana mengambil inisiatif menambah bilangan penerima kepada seramai dua puluh tiga (23) orang yang terdiri daripada staf yang sedang berkhidmat serta pesara Jabatan Pendaftar UiTM yang dikenal pasti memerlukan bantuan dan sokongan kebajikan.
Insyallah program ini akan diteruskan pada masa akan datang.





