Iklan Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Pelaksana Tahun 2021

Salam Sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Universiti Teknologi MARA mempelawa Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA di dalam 
Kumpulan Pelaksana di seluruh sistem yang layak, untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 25 bagi Tahun 2021.

Pekeliling Pendaftar yang berkenaan telah mula diedarkan kepada semua Jabatan dan ianya boleh dimuat turun melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat 
(mulai 04.10.2021) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.

Semua permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat secara dalam talian (online) 
melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat mulai 04.10.2021 (Isnin) dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan seterusnya mendaftar (Login ID) di Portal i-Staf. 

Sebarang masalah/cadangan/maklumbalas berkaitan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau 
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau izawaThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . 
 
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18.10.2021 (Isnin) jam 12.00 tengah malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut TIDAK  akan diproses.

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan memaklumkan perkara tersebut di atas kepada staf di jabatan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
BAHAGIAN KEMAJUAN KERJAYA,
PEJABAT PENDAFTAR,
UiTM SHAH ALAM

 

Muat turun iklan, sila klik di sini [Makluman Pekeliling Pendaftar Bilangan 25, Tahun 2021 - Iklan Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Pelaksana Tahun2021 ]

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media