IKLAN TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN / TANPA BIASISWA PENOLONG PENSYARAH UiTM BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2022

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan

IKLAN TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN / TANPA BIASISWA PENOLONG PENSYARAH UiTM BAGI PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2022

Sukacita dimaklumkan iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan / Tanpa Biasiswa kepada Penolong Pensyarah UiTM bagi tahun 2022 mula dibuka pada 27 Jun 2022 (Isnin).

Bersama-sama ini dilampirkan Pekeliling  Pendaftar Bilangan 18 Tahun 2022 untuk rujukan pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan. 

Penolong Pensyarah UiTM yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara dalam talian (online) mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melalui portal i-Staf eBiasiswa Pelaksana di laman web rasmi UiTM www.uitm.edu.my.

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 
Bahagian Kemajuan Kerjaya, 
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar

di talian 03-55443184/3272/3237.

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media