Permohonan Biasiswa Staf Akademik Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Phd), Sarjana Kepakaran, Sub Kepakaran Dan Pasca Kedoktoran Tahun 2022

السلام عايكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Profesor / Tuan / Puan   

 

PEMAKLUMAN PEKELILING AKADEMIK BIL. 04 TAHUN 2022 : PEMAKLUMAN TAWARAN DAN KUOTA BAGI PERMOHONAN BIASISWA STAF AKADEMIK TAJAAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) PERINGKAT IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD), SARJANA KEPAKARAN, SUB KEPAKARAN DAN PASCA KEDOKTORAN TAHUN 2022

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan iklan Penawaran Biasiswa Staf Akademik tajaan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2022 mula dibuka pada 15 Februari 2022 (Selasa).

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Akademik Bilangan 04 Tahun 2022 berkenaan untuk rujukan dan tindakan berkaitan pihak YBhg. Datuk / Dato’/ Datin / Profesor / Tuan / Puan selanjutnya.

Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan di Bahagian Kemajuan Kerjaya adalah selewatnya pada 31 Mac 2022 (Khamis) jam 12:00 Tengahari.

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat berikut:

  1. Urusan SLAB/SLAI (PhD dan Sarjana Kepakaran) – Asyrellinda Mohamed Noor (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  2. Urusan SK/PD (Sub Kepakaran dan Pasca Kedoktoran) - Nor Azlina Ismail (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

 

Sekian, Terima kasih.

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media