Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan/Tanpa Biasiswa Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) Tahun 2022

 

YBhg. Datuk / Dato’ /Datin /Profesor /Tuan /Puan

 

Sukacita dimaklumkan iklan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan/Tanpa Biasiswa kepada Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UiTM bagi tahun 2022 mula dibuka pada 17 Februari 2022 (Khamis).

Staf Pentadbiran (Kumpulan Pelaksana) UiTM yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara dalam talian (online) mulai 17 Februari 2022 (Khamis) melalui portal i-Staf eBiasiswa Pelaksana di laman web rasmi UiTM www.uitm.edu.my.

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 11 Tahun 2022 untuk rujukan dan tindakan berkaitan pihak YBhg. Datuk /Dato’/Datin /Profesor /Tuan /Puan selanjutnya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Mac 2022 (Khamis).

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke

Bahagian Kemajuan Kerjaya,

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia,

Pejabat Pendaftar

di talian 03-55443237/3272/3184.

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

bgsu@uitm.edu.my

Tel: +603- 03-5544 2266

Pendaftar@Social Media