IKLAN KENAIKAN PANGKAT STAF KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2022-TARIKH TUTUP 27.07.2022

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Universiti Teknologi MARA mempelawa Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA di dalam Kumpulan Pelaksana di seluruh sistem yang layak, untuk memohon kenaikan pangkat ke jawatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 21 bagi Tahun 2022.

Pekeliling Pendaftar yang berkenaan telah mula diedarkan kepada semua Jabatan dan ianya boleh dimuat turun melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat (mulai 13.07.2022) untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan selanjutnya.

Semua permohonan kenaikan pangkat boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem e-Kenaikan Pangkat mulai 13.07.2022 (Rabu) dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan seterusnya mendaftar (Login ID) di Portal i-Staf. 

Sebarang masalah/cadangan/maklumbalas berkaitan Iklan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Universiti Teknologi MARA boleh dimajukan kepada Urusetia melalui emel rasmi di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau izawaThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . 
 
Tarikh tutup permohonan ialah pada 27.07.2022 (Rabu) jam 12.00 tengah malam. Permohonan yang diterima selepas tarikh dan masa tersebut TIDAK  akan diproses.

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan memaklumkan perkara tersebut di atas kepada staf di jabatan YBhg. Datuk/Datin Paduka/Prof/Tuan/Puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, والسلام
 
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Yang benar
 
Bahagian Kemajuan Kerjaya
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
 

 

Muat turun iklan, sila klik di sini [ Makluman Pekeliling Pendaftar Bilangan 21 Tahun 2022 - Iklan Kenaikan Pangkat Staf Kumpulan Pelaksana Tahun 2022 ]

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

 

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis  08:00am – 01:00pm
02:00pm – 05:00pm
Jumaat 08:00am – 12:15pm
02:45pm – 05:00pm
(kecuali Cuti Umum)