Iklan Jawatan Kosong Bil 2/2021

IKLAN PERJAWATAN UITM BIL 2 TAHUN 2021
TARIKH TUTUP: 24 SEPTEMBER 2021

Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor dan Hospital UiTM, Kampus Puncak Alam.

Staf UiTM berstatus Tetap/Kontrak:

  • Permohonan melalui sistem aplikasi dalam talian (online) di Portal i-Staf>> eProses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf.

Staf UiTM Kontrak Tabung Amanah/Pekerja Sambilan Harian dan BUKAN Staf UiTM:

  • Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) sahaja dengan melayari dilaman web http://iapps.uitm.edu.my/ePengambilanStaf dengan melengkapkan segala maklumat yang diperlukan.

Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 06 September 2021 hingga 24 September 2021.

Pemohon hanya boleh memohon untuk SATU (1) jawatan yang diiklankan dengan menggunakan SATU (1) nombor pin SAHAJA.

Permohonan boleh mula dibuat mulai 06 September 2021 (Isnin).

Tarikh tutup iklan dan membuat permohonan adalah pada 24 September 2021 (Jumaat).

Butiran lengkap berhubung iklan terbabit adalah seperti yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Pejabat Pendaftar
UiTM Shah Alam

 

Muat turun iklan, sila klik di sini [Iklan Perjawatan UiTM Bil 2 Tahun 2021 ]

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pendaftar
Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor

 

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis  08:00am – 01:00pm
02:00pm – 05:00pm
Jumaat 08:00am – 12:15pm
02:45pm – 05:00pm
(kecuali Cuti Umum)