Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

     
  Soalan 1 Bagaimana cara memohon jawatan pentadbiran?
  Jawapan Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang   UiTM     http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan

  Soalan 2 Adakah saya perlu menghantar borang permohonan yang telah disi secara online berserta sijil-sijil ke Bahagian Pengurusan Perjawatan?
  Jawapan Tidak perlu, sijil-sijil dan salinan permohonan jawatan hanya perlu dibawa apabila telah menerima surat panggilan temu duga sahaja.

  Soalan 3 Bagaimana status dan berapa lama keputusan permohonan memperbaharui kontrak perkhidmatan saya dapat diketahui?
  Jawapan Permohonan tuan/ puan telah diterima dan akan/ telah dimajukan ke Mesyarat JKHEK.Tempoh adalah bergantung kepada bila tarikh JKHEK yang akan bermesyuarat Keputusan  akan dimaklumkan secara bertulis kepada pihak tuan/puan”.

  Soalan 4 Saya telah tamat kontrak. Bila saya akan terima bayaran Ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR)?
  Jawapan : Pihak kami perlu membuat semakan rekod cuti (Jumlah cuti sakit/ cuti rehat/ dll) dengan pihak   Bahagian Saraan dan Perkhidmatan terlebih dahulu sebelum surat bayaran Ganjaran tamat kontrak dikeluarkan. Surat tersebut akan dikeluarkan selepas rekod cuti tuan/puan telah disahkan tiada masalah terlebih ambil cuti sakit, cuti rehat dll. Pembayaran akan dibuat oleh pihak Bendahari terus ke dalam  akaun gaji tuan/puan. (Tempoh bayaran akan dibuat adalah tertakluk kepada KPI Bendahari).

  Soalan 5 Bilakah masa yang sesuai bagi pensyarah kontrak memohon untuk pelantikan semula ke dalam perkhidmatan kontrak?
  Jawapan Permohonan bagi pelantikan semula haruslah dibuat enam (6) bulan sebelum kontrak sedia ada tamat.

  Soalan 6 Bolehkah pensyarah kontrak memohon untuk pelantikan semula selepas melepasi umur 65 tahun?
  Jawapan Pensyarah kontrak yang telah melepasi umur 65 tahun boleh memohon untuk pelantikan semula namun kelulusan adalah tertakluk kepada Lembaga Pengarah Universiti.

  Soalan 7 Apakah implikasi sekiranya pensyarah kontrak gagal mengemukakan permohonan pelantikan semula dalam tempoh enam bulan sebelum kontrak sedia ada tamat?
  Jawapan Kontrak penama akan ditamatkan.