Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

LATARBELAKANG

Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pentadbiran bagi seluruh sistem universiti yang bertanggungjawab dalam urusan pengurusan dan pembangunan staf, pengurusan pelajar, pengurusan arkib dan muzium, keurusetiaan Lembaga Pengarah UiTM dan pengendalian kemudahan asas UiTM, di UiTM Shah Alam.

Pejabat Pendaftar memainkan peranan penting dalam pengurusan universiti. Pada awalnya, Pejabat Pendaftar dikenali sebagai Pejabat Pentadbiran (RIDA: 1956-1965, Maktab MARA: 1965-1967) yang diketuai oleh seorang Pendaftar selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21, Akta 173 dan pindaan-pindaannya.

Pendaftar dibantu oleh sembilan (9) Ketua Jabatan/Bahagian/Unit yang digelar Ketua Jabatan iaitu Ketua Jabatan Pengurusan Sumber (JPSM), Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM), Ketua Bahagian Perkhidmatan Psikologi (BPPs), Ketua Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen (BPRPK), Ketua Bahagian Pentadbiran & Sekretariat (BPS), Ketua Bahagian Arkib & Muzium (BAM), Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Ketua Bahagian Pengurusan Disiplin (BPDs), Ketua Unit Dasar Dan Governan (UDG) dan Ketua Galeri Tun Abdul Razar (Gtar).

Tugas seorang Ketua Jabatan pula akan mengawalselia Bahagian/Unit di bawah Jabatan/Bahagian/Unit masing-masing. Ketua bagi Bahagian/Unit ini digelar Ketua Bahagian.

Unit Sistem Maklumat Staf yang bertanggungjawab dalam mengawalselia sistem maklumat staf berkomputer (STARS) dan sistem maklumat pelajar berkomputer (iSIS) di Pejabat Pendaftar dikawal oleh Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) UiTM dan sekarang dikenali sebagai Pejabat Teknologi Maklumat UiTM (INfORTECH).

Pejabat induknya beroperasi di Bangunan Pejabat Pendaftar, UiTM di alamat Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA, Jalan Fikir 1/4A, 40450 Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Iltizam Pejabat Pendaftar membudayakan kualiti dalam pengurusannya telah menempa pelbagai pengiktirafan daripada pihak luar dan dalam UiTM.