Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Kompetensi

Bil.PerkaraBorang
1
Borang Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan UiTM (Gred 17 dan Gred 11)
Muat turun
     

CARTA ORGANISASI FUNGSI
Carta Fungsi Unit Kompetensi

        
SENARAI FUNGSI
A. Pengurusan Kompetensi
  1. Mengurus dan melaksana penawaraan program penilaian dan pembangunan kompetensi di UiTM
  2. Menetapkan dasar pelaksanaan penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi di UiTM
  3. Merancang dan melaksanakan Peperiksaan Subjek Jabatan bagi skim –skim perkhidmatan bukan guna sama di UiTM
  4. Menjadi pakar rujuk mengenai Skim Perkhidmatan yang layak serta mempunyai keperluan terhadap peperiksaan dalam perkhidmatan sama ada bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pengakat atau untuk ganjaran dan elaun

SOALAN LAZIM

     
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) – UiTM
  Soalan 1 Apakah tujuan pelaksanaan Program Transformasi Minda?  
  Jawapan Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2012 - yang bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

 
  Soalan 2 Siapakah Pegawai yang disyaratkan perlu mengikuti PTM?  
  Jawapan Pegawai tersebut adalah:
  1. Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan  Awam; dan
  2. Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi – Modul Umum.

 

 
  Soalan 3 Apakah Objektif pelaksanaan PTM?  
  Jawapan Berikut adalah objektif pelaksanaan PTM:
  1. Memberikan pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
 
  Soalan 4 Siapakah Pegawai yang boleh diberi Pengecualian Menghadiri PTM?  
  Jawapan Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat :
  1. Hadir dengan jaya PTM; atau
  2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi – Modul Umum; atau
  3. Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
 
  Soalan 5 Apakah kerangka Kurikulum dalam Pelaksanaan PTM:  
  Jawapan Kerangka Kurikulum PTMini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu:
  1. Segmen I       : Negara dan Perkhidmatan Awam;
  2. Segmen II      : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan
  3. Segmen III     : Budaya Kerja Kelas Pertama.
 
  Soalan 6 Bagaimanakah PTM dilaksanakan?  
  Jawapan Pelaksanaan PTM adalah selama lima (5) hari dan dilaksanakan oleh Unit Kompetensi, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UiTM. Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkenaan.

PTM dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti latihan dalam kumpulan (LDK), sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz, e-Pembelajaran, ujian psikometrik atau kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh Panel Pengurusan PTM UiTM dan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan UiTM.

Penilaian PTM dibuat secara penilaian sepanjang program berdasarkan kepada aktiviti dan kriteria penilaian yang ditetapkan.

Lokasi program akan diadakan di Pusat Latihan, UiTM, Jalan Kampung Gajah, Tanjung Tualang, Perak
.

 
  Soalan 7 Bagaimanakah jika Pegawai yang terlibat tidak melengkapkan PTM?  
  Jawapan Panel Pengurusan PTM boleh membenarkan pegawai mengulang semula mana-mana segmen sekiranya pegawai tersebut tidak melengkapkan PTM atas sebab-sebabberikut :-
  1. Disahkan tidak sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
  2. Terpaksa meninggalkan program untuk menjaga keluarga terdekatnya yang sakit;
  3. Terpaksa meninggalkan program untuk menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah;
  4. Melahirkan anak dalam tempoh program;
  5. Keluarga terdekat meninggal dunia; atau
  6. Keadaan kecemasan lain yang difikirkan munasabah dan dibenarkan oleh Ketua Urus Setia yang melaksanakan PTM. 

Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulang semula segmen yang belum dilengkapkan. Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan kepada urus setia bagi tujuan mengulang semula segmen berkenaan.

 
  Soalan 8 Apa yang berlaku ke atas Pegawai yang Gagal PTM?  
  Jawapan Pegawai yang gagal PTM disebabkan masalah disiplin dan komitmen tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatan.

 
  Soalan 9 Bagaimana Cara / Kaedah Penawaran Peserta PTM Dilakukan?  
  Jawapan Pihak JPbSM akan mengeluarkan penawaran penyertaan berdasarkan tarikh lantikan pegawai yang berkenaan yang mana maklumat tersebut diperolehi dari pihak INFOTECH.

 
  Soalan 10 Apakah syarat kelayakan untuk menghadiri Program Transformasi Minda?  
  Jawapan Pegawai adalah berkelayakan seperti berikut :
  1. Berjawatan tetap
  2. Sekurang-kurangnya 6 bulan dalam perkhidmatan (tertakluk kepada tawaran oleh pihak urusetia)
  3. Disokong oleh Ketua jabatan
 
  Soalan 11 Bagaimana Peserta Kursus Boleh Mengetahui Maklumat Tarikh-Tarikh program diadakan?  
  Jawapan Pihak JPbSM akan mengedarkan pemakluman yang berkaitan pada setiap awal tahun ke Jabatan/bahagian/Fakulti/Unit.  
  Soalan 12 Keperluan Asas Dan Bahan Rujukan?  
  Jawapan Maklumat akan dilampirkan bersama dengan surat jemputan. Keperluan asas harian yang biasa digunakan perlu dibawa kerana tidak disediakan serta pakaian rasmi dan T-shirt berkolar saja pada waktu malam dibenarkan sepanjang tempoh berkursus. Bahan rujukan adalah seperti buku Perintah-Perintah Am dan Arahan-Arahan Perkhidmatan berkaitan perlu dibawa oleh peserta.

 
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN – UiTM
  Soalan 1 Syarat kelayakan untuk pegawai memohon menduduki peperiksaan Perkhidmatan
 
  Jawapan a. Peperiksaan Perkhidmatan :
  1. Berjawatan tetap 
  2. Sekurang-kurangnya 6 bulan dalam perkhidmatan 
  3. Disokong oleh ketua jabatan iv. Telah menghadiri kursus asas perkhidmatan yang berkaitan
b. Peperiksaan khas Kenaikan Pangkat secara Lantikan
  1. Berjawatan tetap 
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan 
  3. Disokong oleh ketua jabatan 
  4. Memenuhi kelayakan mengikut tawaran peperiksaan
c. Ujian Kemahiran Setiausaha Pejabat/ Penolong Setiausaha Pejabat
  1. Berjawatan tetap 
  2. Disokong oleh ketua jabatan 
  3. Memenuhi kelayakan mengikut tawaran peperiksaan
 
  Soalan 2 Apakah jenis peperiksaan lain yang dilaksanakan di JPbSM?  
  Jawapan Ujian Pengambilan Nota/ Nota Rintas bagi setiusaha Pejabat dan pembantu setiusaha Pejabat untuk elaun Dwi Bahasa (Bahasa Inggeris)

 
  Soalan 3 Kekerapan peperiksaan dilakukan?  
  Jawapan Kekerapan peperiksaan Semua peperiksaan perkhidmatan awam universiti ditawarkan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.  

DIREKTORI STAF

BilNamaJawatanNo. TelefonEmel
KETUA
1. Shahrul Aina Haji Omar Penolong Pendaftar Kanan 603-5521 1621 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Address:
Unit Kompetensi
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM),
Pejabat Pendaftar, 
Aras 3 Bangunan Wawasan (d/a) Hotcal Lama,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam Selangor Malaysia

Fax:  603 5544 3102

PENGURUSAN KOMPETENSI STAF
2. Mohd Azlin Haji Jalil Pegawai Eksekutif 603-5544 3104
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
3. Murni Mohammed Yahya Pegawai Eksekutif 603-5544 3183
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4. Azian Saleh Kerani Kanan 603-5544 3107
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5. Norhafida Hasan Kerani 603-5544 3107
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
6. Nor Haslinda Desa Kerani 603-5544 3185 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
7. Azmi Samsudin Kerani 603-5544 3185 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


LATARBELAKANG

Unit Kompetensi adalah satu unit dibawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang bertanggungjawab dalam merancang dan menawarkan program penilaian dan pembangunan kompetensi dan potensi UiTM.

Peperiksaan Perkhidmatan adalah salah satu kaedah mengukur tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran staf bagi membolehkan penilaian yang lebih objektif dibuat terhadap seseorang pegawai perkhidmatan awam.

Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dibawah kawal selia Unit Kompetensi adalah :-

1. Peperiksaan Perkhidmatan UiTM

  • Merujuk kepada skim perkhidmatan bagi Gred 11 dan Gred 17 bagi tujuan pengesahan ke dalam perkhidmatan.
  • Peperiksaan bagi tujuan hadiah kenaikan (bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah/ Jurutaip).
  • Ujian Pengambilan Nota/ Nota Rintas bagi Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat untuk elaun Dwi Bahasa (Bahasa Inggeris).

2. Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

  • Skim Perkhidmatan Penolong Pengurus Asrama ke Pengurus Asrama (N27 ke N41).
  • Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Kesatria ke Pegawai Kesatria (S27 ke S41).
  • Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam ke Pegawai Hal Ehwal Islam (S27/S32 ke S41).
  • Skim Perkhidmatan Penyelia Asrama ke Penolong Pengurus Asrama (N17 ke N27).
  • Skim Perkhidmatan Pembantu Kesatria/Kokurikulum ke Penolong Pegawai Kesatria (S17/22/26 ke S27).
  • Skim Perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam ke Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S17/S22 ke S27)
  • Skim Perkhidmatan Pengawal Keselamatan ke Pembantu Keselamatan (KP11/14 ke KP17).

3. Program Transformasi Minda (PTM)

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012, bertarikh 12 Disember 2012 bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. (Tarikh Kuat kuasa 1 Januari 2013)

4. Ujian Kemahiran Setiausaha Pejabat/ Penolong Setiausaha Pejabat

  • Tahap Asas - Kenaikan Pangkat Pembantu Setiausaha Pejabat  ke Pembantu Setiausaha Pejabat (N17 ke N22)
  • Tahap Pertengahan - Kenaikan Pangkat Pembantu Setiausaha Pejabat  ke Setiausaha Pejabat (N17/22 ke N28)
  • Tahap Lanjutan - Kenaikan Pangkat Setiausaha Pejabat ke Setiausaha Pejabat (N27/28 ke N32)

5. Lain-lain Peperiksaan Yang Dianjurkan

  • Program Peralihan : Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains (C17/22/26 ke C27).
  • Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK).


CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JPbSM-Unit Kompetensi