Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

SOALAN LAZIM

     
A. LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT)
  SUMBER RUJUKAN : MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN BAGI KAKITANGAN UiTM
  Soalan 1 Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang LNPT dan Manual Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Kakitangan UiTM?
  Jawapan Borang LNPT dan Manual Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Kakitangan UiTM boleh diperolehi melalui i-staf portal;
      i-staf Portal – Muat Turun – Borang Penilaian Prestasi
      i-staf Portal – Muat Turun – Manual Pengguna – Manual Prestasi

  Soalan 2 Borang apa yang patut saya gunakan?
  Jawapan 2.1 Borang UiTM (Prestasi) 1/2002 Pindaan 2010 bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi
(Jawatan Utama Sektor Awam – JUSA)
      2.2 Borang UiTM (Prestasi) 2/2002 Pindaan 2010 bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Gred Khas)
Borang UiTM 
(Prestasi) 3/2002 Pindaan 2010 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) (Gred 41 – 54)
      2.3 Borang UiTM (Prestasi) 4/2002 Pindaan 2010 bagi Kumpulan Sokongan I (Kumpulan B dan C) (Gred 17 – 40) 
* Staf yang kelayakan masuk dalam skim perkhidmatannya ialah Diploma/STPM/SPM atau yang setaraf dengannya.
      2.4 Borang UiTM (Prestasi) 5/2002 Pindaan 2010 bagi Kumpulan Sokongan II (Kumpulan D) (Gred 1 – 16)
* Staf yang kelayakan masuk dalam skim perkhidmatannya ialah SRP/PMR dan ke bawah atau yang setaraf dengannya. 
     
  • Borang ini juga digunakan bagi staf akademik yang menjalani cuti sabatikal, post doctoral dan latihan profesional.
  • Pekeliling Pendaftar Bilangan 14 Tahun 2008 mengenai Borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan UiTM Versi Bahasa Inggeris telah memaklumkan keputusan untuk menggunapakai borang-borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan UiTM versi Bahasa Inggeris, bagi tujuan penilaian prestasi staf Kontrak bukan warganegara atau sekiranya terdapat staf UiTM yang dipinjamkan ke jabatan luar dan memerlukan penilaian dalam Bahasa Inggeris.
  • Bagi Fakulti Perubatan, borang khusus digunakan bagi penilaian pensyarah iaitu Borang A : Annual Task Projection (ATP)dan Borang B : Performance Appraisal Report for Lecturer.
  • Bagi staf cuti belajar, penilaian prestasi menggunakan borang Lampiran A : Performance Appraisal On Officer Attending Course For Academic Year/Semester/Quarter.
  Soalan 3 Dasar atau peraturan yang berkaitan pengurusan prestasi boleh dirujuk?
  Jawapan 3.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 04 Tahun 2002 – Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia bertarikh 01.11.2002
      3.2  Lampiran A2: Panduan Pelaksanan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia
      3.3  Lampiran A3: Panduan Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan
      3.4  Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran
      3.5  Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia.
      3.6  Surat Pekeliling Rujukan JPA(S)K 256/6/27 klt.2(12), 13.12.2007 – Pengurusan Penilaian Prestasi Tahunan Pegawai Awam
      3.7  Pekeliling Pendaftar Bil. 14/2008 – Borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan UiTM Versi Bahasa Inggeris.
      3.8  Pekeliling Pendaftar Bil. 43/2009 – Penerimaan Pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 bertajuk Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
      3.9  Surat 500-BPD (PPPK.3/2), 10.3.2010 (Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) : Pelaksanaan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Staf Akademik Berjawatan Profesor (Gred Khas C dan B) Tanpa Memegang Jawatan Pentadbiran UiTM.
      3.10 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 (P.U.A. (1)

  Soalan 4 Bagaimana saya boleh merujuk mengenai susunan Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama  (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)?
  Jawapan Boleh rujuk kepada Perkara 6.3 yang terdapat dalam Manual Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Kakitangan UiTM (boleh diperolehi melalui i-staf portal).

  Soalan 5 Bagaimana saya boleh merujuk tarikh-tarikh penting berhubung proses penilaian prestasi staf?
  Jawapan Boleh rujuk kepada Lampiran 3 (a) yang terdapat dalam Manual Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Kakitangan UiTM (boleh diperolehi melalui i-staf portal).

  Soalan 6 Bagi urusetia PPSM PTJ, apakah yang perlu saya semak sebelum menghantar borang LNPT tahunan staf ke BPPPK?
  Jawapan Sila rujuk senarai semak yang disediakan;
      6.1 Borang LNPT hendaklah bersesuaian dengan kategori jawatan dan kriteria permarkahan hendaklah sama dengan borang
      6.2 Markah oleh PPP dan PYD hendaklah di isi dengan nombor genap dan menggunakan pen
      6.3 Nama, Jawatan, No. Pekerja dan Cop Rasmi PPP
      6.4 Nama, Jawatan, No. Pekerja dan Cop Rasmi PPK
      6.5 Setiap perubahan markah hendaklah ditandatangan ringkas
      6.6 Tandatangan, Nama dan Tarikh PYD dan PPP di Lampiran A (Penetapan Sasaran Kerja Tahunan)

  Soalan 7 Berapa markah minimum bagi Laporan Penilaian Prestasi Bagi Tujuan Pengesahan ke Dalam Perkhidmatan?
  Jawapan Bagi perkhidmatan staf Universiti Teknologi MARA, pihak Universiti melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM telah membuat ketetapan iaitu markah penilaian prestasi untuk tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan bagi staf UiTM yang dilantik pada atau selepas 1 November 2002 dalam Sistem Saraan Malaysia seperti berikut:- Pekeliling Pendaftar Bil. 09 Tahun 2004:
      i. Staf yang telah berkhidmat selama satu (1) tahun tetapi kurang dari dua (2) tahun perlu memperolehi markah minimum 85% dalam penilaian prestasi tahunan.
      ii. Staf yang telah berkhidmat selama dua (2) tahun tetapi kurang dari tiga (3) tahun perlu memperolehi markah minimum 80% dalam penilaian prestasi tahunan.
      iii. Staf yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun atau lebih perlu memperolehi markah minimum 75% dalam penilaian prestasi tahunan.
      Manakala bagi staf yang dilantik sebelum 1 November 2002 dan belum disahkan ke dalam perkhidmatan tertakluk kepada ketetapan markah penilaian prestasi seperti berikut:- Pekeliling Pendaftar Bil. 24 Tahun 2003:
      i. Staf yang telah berkhidmat selama satu (1) tahun tetapi kurang dari dua (2) tahun perlu memperolehi markah minimum 90% dalam penilaian prestasi tahunan.
      ii. Staf yang telah berkhidmat selama dua (2) tahun tetapi kurang dari tiga (3) tahun perlu memperolehi markah minimum 85% dalam penilaian prestasi tahunan.
      iii. Staf yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun atau lebih perlu memperolehi markah minimum 75% dalam penilaian prestasi tahunan. Ketetapan ini adalah sebagai tambahan kepada syarat-syarat Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan yang telah digunapakai di dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Pekeliling Pendaftar Bilangan 6 Tahun 2003.

  Soalan 8 : Berapakah markah minimum bagi Laporan Penilaian Prestasi Bagi Tujuan Penilaian Tahap Kecekapan?
  Jawapan Pihak Universiti telah memutuskan bahawa markah penilaian prestasi bagi tujuan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah sebanyak 80% dan ke atas.

  Soalan 9 Berapakah markah minimum bagi Laporan Penilaian Prestasi Bagi Tujuan Kenaikan Pangkat?
  Jawapan Pihak Universiti telah memutuskan bahawa markah penilaian prestasi bagi tujuan kenaikan pangkat adalah sebanyak 80% dan ke atas.

  Soalan 10 Berapakah markah minimum bagi Laporan Penilaian Prestasi Bagi Tujuan Anjakan Gaji?
  Jawapan Pihak Universiti telah memutuskan bahawa markah penilaian prestasi bagi tujuan anjakan gaji adalah sebanyak 80% dan ke atas. Kakitangan yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mendapat markah prestasi sebanyak 80% dan ke atas serta diperakukan oleh Ketua Jabatan, layak dipertimbangkan bagi mendapat anjakan gaji. Senarai kakitangan yang layak akan dibawa ke mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Induk UiTM untuk dipertimbangkan.

  Soalan 11 Berapakah markah minimum bagi Laporan Penilaian Prestasi Bagi Tujuan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
  Jawapan Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 bertajuk ‘Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam’, pihak Universiti telah memutuskan bahawa markah penilaian prestasi bagi kakitangan yang layak ialah sebanyak 85% dan ke atas.

  Soalan 12 Bagaimana sekiranya markah LNPT yang diterima oleh staf bagi tahun semasa adalah berbeza daripada markah tahun sebelumnya, adakah pihak jabatan perlu mengemukakan justifikasi?
  Jawapan Jika terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh PPSM boleh mengubahsuai dan menyelaras semula markah. Sumber : www.jpa.gov.my

  Soalan 13 Apakah tujuan pelaksanaan sistem penilaian prestasi?
  Jawapan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, tujuan pelaksanaan sistem penilaian prestasi di antaranya adalah seperti berikut:
      i. Menentukan penempatan dan bidang kerjaya yang sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan dan kemajuan kerjaya pegawai; dan
      ii. Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara.

  Soalan 14 Dasar atau peraturan yang boleh dirujuk berkaitan pengurusan prestasi adalah seperti berikut:
  Jawapan i. P.U.(A) 176 / 2005 – Peraturan-Peraturan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986;
      ii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan – Lampiran A;
      iii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2005 – Pemantapan Penilaian Tahap Kecekapan; dan
      iv. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

  Soalan 15 Apakah prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi?
  Jawapan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi adalah seperti berikut:
      i. Pelaksanaan penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus;
      ii. Berasaskan kepada mutu penghasilan kerja dan tingkah laku PYD ke arah pencapaian objektif organisasi; dan
      iii. Menggalakkan persaingan positif bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.

  Soalan 16 Adakah pegawai lantikan kontrak perlu mengisi LNPT?
  Jawapan Perlu kerana LNPT melibatkan semua kakitangan awam sama ada secara tetap, sementara atau kontrak.

  Soalan 17 Bagaimanakah LNPT bagi pegawai yang dilantik pada hujung tahun?
  Jawapan Pegawai yang dilantik pada hujung tahun perlu mengisi LNPT selepas genap 6 bulan berkhidmat.

  Soalan 18 Adakah pegawai yang bercuti tanpa gaji atau ditahan kerja perlu mengisi LNPT?
  Jawapan Tidak perlu kerana pegawai tersebut tidak menjalankan tugas untuk diberikan penilaian bagi tahun tersebut.

  Soalan 19 Bolehkah Pegawai Penilai Pertama (PPP) yang sama gred dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) membuat penilaian prestasi?
  Jawapan Boleh jika PPP dan PYD berada di gred hakiki yang sama tetapi wujud hubungan kerja dan penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP.

  Soalan 20 Bolehkan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) meminda markah pegawai?
  Jawapan Jika terdapat keraguan dan mempunyai asas yang kukuh PPSM boleh mengubahsuai dan menyelaras semula markah.

  Disediakan oleh : Urus Setia LNPT Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya Pejabat Pendaftar Kemaskini 18.1.2013

B. KENAIKAN PANGKAT STAF PENTADBIRAN
  Soalan 1 Bilakah tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat?
  Jawapan Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa, seperti berikut:-
     
Tarikh PelantikanTarikh Pergerakan Gaji
01 Januari – 31 Mac 01 Januari tahun yang berikutnya
01 April – 30 Jun 01 April tahun yang berikutnya
01 Julai – 30 September 01 Julai tahun yang berikutnya
01 Oktober – 31 Disember 01 Oktober tahun yang berikutnya
  Soalan 2 : Apakah Asas dan Syarat – Syarat Kenaikan Pangkat bagi staf pentadbiran?
  Jawapan Syarat dalam skim perkhidmatan:

Setiap Skim Perkhidmatan ada menyatakan dengan jelas syarat-syarat kenaikan pangkat. Seseorang staf yang ingin memohon jawatan kenaikan pangkat seperti yang diiklankan perlulah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:-

      i. Disahkan ke dalam perkhidmatan;
      ii. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
      iii. Diperaku oleh Ketua Perkhidmatan/Jabatan.
     

Seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat jika staf itu telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan dalam jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

Selain itu, seseorang pegawai yang ingin memohon jawatan kenaikan pangkat perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

      i. Bebas dari hukuman tatatertib/jenayah;
      ii.  Telah menandatangani Surat Aku Janji; dan
      iii.  Telah mengisytiharkan harta.
      Berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM (JKK) melalui mesyuarat yang ke-123 pada 08 Februari 2011, seseorang pegawai yang ingin memohon jawatan kenaikan pangkat juga perlulah memenuhi jumlah jam latihan yang dihadiri sebanyak 42 jam pada 1 tahun kebelakangan dari tahun penilaian temu duga/bual. Contohnya, sekiranya temu duga/bual dilaksanakan pada tahun 2011, pegawai yang memohon hendaklah memenuhi jumlah 42 jam latihan pada tahun 2010. (Kuat kuasa dasar ini adalah pada 01 Januari 2012).

  Soalan 3 Bagaimana ingin memohon jawatan kenaikan pangkat?
  Jawapan Staf yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan mereka dengan mengisi borang kenaikan pangkat secara atas talian melalui Sistem eKenaikan Pangkat di Portal i-Staf.

  Soalan 4 Adakah layak bagi staf yang cuti tanpa gaji memohon kenaikan pangkat?
  Jawapan Staf yang sedang bercuti tanpa gaji tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh cuti tanpa gaji tersebut. Walau bagaimanapun, staf yang sedang bercuti tanpa gaji boleh memohon kenaikan pangkat.

  Soalan 5 Apakah prinsip yang digunakan dalam menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat?
  Jawapan

Prinsip yang digunapakai adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 42, P.U.(A) 176,

“Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu”. Gaji yang ditetapkan adalah tidak kurang daripada 1 pergerakan gaji atas gred terdahulu.

  Soalan 6 Bolehkan gaji permulaan kenaikan pangkat ditetapkan pada peringkat 2 (P2)?
  Jawapan Boleh, sekiranya gaji akhir di gred terdahulu lebih tinggi daripada gaji maksimum di peringkat 1 (P1). Gaji permulaan kenaikan pangkat hendaklah ditetapkan di Peringkat 2 (P2) berdasarkan prinsip kepada matagaji tertinggi berhampiran tidak kurang daripada satu Pergerakan Gaji Biasa di gred terdahulu.

  Soalan 7 Adakah pegawai yang dinaikkan pangkat lebih awal daripada tarikh pergerakan gaji gred terdahulu akan mengalami kerugian dari segi pergerakan gaji berbanding dengan pegawai yang dinaikkan pangkat sama atau selepas tarikh pergerakan gaji di gred terdahulu?
  Jawapan Pegawai yang dinaikkan pangkat lebih awal daripada tarikh pergerakan gaji gred terdahulu tidak akan mengalami kerugian kerana gaji pegawai akan didahulukan pergerakan gaji di gred terdahulu pada tarikh kenaikan pangkat sebelum gaji kenaikan pangkat ditetapkan.

C. KENAIKAN PANGKAT SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
  Soalan 1 Pegawai digred manakah yang terlibat dalam urusan kenaikan pangkat Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih?
  Jawapan Semua pegawai Kumpulan Sokongan yang sedang berkhidmat perkhidmatan awam dan masih berada di gred lantikan yang mencapai 15 tahun atau lebih. (Gred: 1, 3, 11, 17, 19, 27dan 29.)

  Soalan 2 Adakah pegawai yang telah melepaskan jawatan dengan izin kemudian dilantik ke gred lantikan yang lebih tinggi dalam Skim Perkhidmatan yang lain boleh diambil kira tempoh perkhidmatan sebelumnya?
  Jawapan Tempoh perkhidmatan sebelumnya tidak boleh diambil kira.

  Soalan 3 Adakah pegawai telah melepaskan jawatan dengan izin kemudian dilantik ke skim perkhidmatan yang sama dan di gred lantikan yang sama tetapi dalam perkhidmatan yang berbeza, boleh diambil kira tempoh perkhidmatan sebelumnya?
  Jawapan Tempoh perkhidmatan sebelumnya boleh diambil kira.

  Soalan 4 Di antara urusan kenaikan pangkat mengisi kekosongan secara hakiki atau secara KUP, yang mana perlu diberikan keutamaan?
  Jawapan i. Kedua-dua urusan boleh dilaksanakan secara serentak.
      ii. Pegawai yang cemerlang dan berprestasi tinggi tetapi belum memenuhi tempoh 15 tahun berkhidmat serta memenuhi syarat kenaikan pangkat boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat mengisi kekosongan hakiki.
      iii. Pegawai yang memenuhi tempoh 15 tahun berkhidmat serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan bagi kaedah ini boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara KUP.

  Soalan 5 Bagaimanakah kedudukan pegawai yang sedang memangku dan telah memenuhi syarat untuk dinaikkan pangkat secara KUP?
  Jawapan Urusan kenaikan pangkat boleh dibuat segera tanpa perlu memenuhi syarat tempoh pemangkuan iaitu sekurang-kurangnya 6 bulan. Tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat adalah pada tarikh pemangkuan sekiranya pegawai telah memenuhi syarat kenaikan pangkat.

  Soalan 6 Bagaimanakah kedudukan pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih tetapi bersara wajib di gred lantikan sebelum atau pada 1 Julai 2009?
  Jawapan Pegawai tidak layak dipertimbangkan.

  Soalan 7 Bolehkah pegawai yang dinaikkan pangkat secara hakiki ditempatkan mengisi kekosongan di gred lantikan?
  Jawapan Pegawai yang telah dinaikkan pangkat secara hakiki tidak boleh ditukarkan mengisi kekosongan jawatan gred lantikan.

  (Sumber rujukan: manual kenaikan pangkat staf pentadbiran & laman web JPA)

D. PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN (PENSYARAH/KUMPULAN P&P GRED 41 KE ATAS)
  Soalan 1 Apakah syarat-syarat untuk disahkan ke dalam perkhidmatan bagi Pensyarah?
  Jawapan Syarat-syarat untuk pengesahan ke dalam perkhidmatan bagi pensyarah ialah;
      i. Hadir dan lulus dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus
      ii. Lulus dengan jayanya kursus Asas Pengajaran (bagi Pensyarah yang dilantik mulai 1 Januari………….
      iii. Menghasilkan penerbitan hasil penyelidikan (bagi Pensyarah yang dilantik mulai 1 November 2002)
      iv. Mencapai prestasi yang ditetapkan
      v. Telah melebihi 1 tahun tempoh perkhidmatan (tetap)
      vi. Diperaku oleh Ketua Jabatan

  Soalan 2 Mengapa perlu memohon pelanjutan tempoh percubaan?
  Jawapan Supaya Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) tidak ditahan (bagi staf yang diberikan pelanjutan tempoh percubaan tanpa denda)

  Soalan 3 Adakah cuti belajar boleh memohon pengesahan ke dalam perkhidmatan?
  Jawapan Boleh.

  Soalan 4 Dimanakah saya boleh mendapat borang permohonan pengesahan?
  Jawapan Di dalam i-staff portal : MUAT TURUN—BORANG

  Soalan 5 Apakah kesan pelanjutan tempoh percubaan (dengan denda)?
  Jawapan i. Tidak diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) bagi tempoh pelanjutan dengan denda.
      ii. Hilang kekananan

E. KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH
  Soalan 1 Bagaimana Pensyarah Gred 45 memohon naik pangkat?
  Jawapan Telah genap tempoh perkhidmatan di gred jawatan semasa dan memenuhi syarat- syarat seperti yang telah ditetapkan.

  Soalan 2 Adakah Pensyarah Gred 45 boleh memohon ke Gred 54/VK7?
  Jawapan Boleh. Skim perkhidmatan Pensyarah membenarkan kenaikan pangkat secara istimewa ke Gred 54 di jawatan Profesor Madya dan Profesor Gred Khas C (VK7)

  Soalan 3 Adakah staf yang sedang cuti belajar boleh memohon naik pangkat?
  Jawapan Ya.

  Soalan 4 Adakah staf yang cuti belajar dan mempunyai prestasi 80% ke bawah boleh memohon naik pangkat?
  Jawapan Ya. Walaupun prestasi di bawah 50% tidak boleh memohon (prestasi semasa + 3 tahun berturut-turut)

  Soalan 5 Kemanakah permohonan perlu dimajukan bagi permohonan kenaikan pangkat ke Gred 52?
  Jawapan Permohonan perlu dimajukan ke Jawatankuasa Kecil Kesepakaran Fakulti/Kampus Cawangan sebelum dihantar ke Bhg. Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya (BPPPK)

  Soalan 6 Bilakah Pensyarah Muda berpeluang untuk naik pangkat?
  Jawapan Pensyarah Muda berpeluang untuk naik pangkat apabila telah memperoleh Ijazah Sarjana dan perlu mengisi borang permohonan dan perlu dibawa ke Jawatankuasa Kakitangan (JKK) untuk kelulusan/perakuan.

  Soalan 7 Bagaimana permohonan kenaikan pangkat boleh tertangguh?
  Jawapan Permohonan kenaikan pangkat boleh tertangguh jika belum isytihar harta, tiada markah prestasi dan permohonan tidak lengkap.

  Soalan 8 Dimanakah boleh mendapat borang permohonan naik pangkat ke Gred DM54 di jawatan Profesor Madya dan ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)?
  Jawapan

Di dalam i-staff portal : MUAT TURUN—BORANG
Borang 1 untuk ke Gred DM54, borang 2 untuk ke Jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), borang 3 untuk ke jawatan Profesor Gred Khas B atau lebih tinggi.

Kategori BORANG PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH

      i. Borang Kenaikan Pangkat Pengurusan & Profesional (28.04.2008)
      ii. Borang Kenaikan Pangkat Pengurusan Tertinggi (28.04.2008)
      iii. Borang Perakuan Untuk Ke Gred Yang Lebih Tinggi

  Soalan 9 Dimanakah boleh mendapat template naik pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)?
  Jawapan Di dalam i-staff portal : MUAT TURUN—TEMPLATE KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH (Sila pilih mengikut kaedah yang ditetapkan)

Kategori DOKUMEN :

      i. Template ke Gred 54 (Profesor Madya) : Kaedah Penilaian 1: Pengajaran & Pembelajaran
      ii. Template ke Gred 54 (Profesor Madya) : Kaedah Penilaian 2: Penyelidikan (Felo, Penyelidik / Saintis)
      iii. Template ke Gred 54 (Profesor Madya): Kaedah Penilaian 3: Kepimpinan Akademik
      iv. Template ke Gred VK7 (Profesor Gred Khas C), K/Penilaian 1: Pengajaran & Pembelajaran
      v. Template ke Gred VK7 (Profesor Gred Khas C), K/Penilaian 2: Penyelidikan- Felo, Penyelidik / Saintis
      vi. Template ke Gred VK7 (Profesor Gred Khas C), K/Penilaian 3: Kepimpinan Akademik
      vii. Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) pindaan 2-2011
      viii. Template ke Gred 46 (Pensyarah)
      ix. Template ke Gred 52 (Pensyarah Kanan)

  Soalan 10 Dimanakah boleh mendapat Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pensyarah?
  Jawapan Di dalam i-staff portal : MUAT TURUN—TEMPLATE KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH ( Rujuk no. 7- Garis Panduan Kenaikan Pangkat Staf Akademik UiTM Pindaan 2-2011.

CARTA ORGANISASI FUNGSI
Carta Fungsi BPPPK

     
SENARAI FUNGSI
A. Pengurusan Penilaian Prestasi Tahunan Staf
  1. Urusan Penilaian Prestasi Staf UiTM
  2. Pengurusan Pertimbangan Anjakan Gaji Staf
  3. Pengurusan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
B. Pengurusan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan
  1. Pengurusan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf Kumpulan Pelaksana
  2. Pengurusan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional
C. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik
  1. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Ke Jawatan Profesor Ke Gred Khas Yang Lebih Tinggi
  2. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Ke Jawatan Profesor Gred Khas C
  3. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Ke Gred 54 di jawatan Profesor Madya
  4. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Ke Gred 52 di jawatan Pensyarah Kanan
  5. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Ke Gred 46 di jawatan Pensyarah
  6. Pengurusan Laluan Kerjaya Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian dan Pensyarah Farmasi
D. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran
  1. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf  Pentadbiran yang dilaksanakan di Kampus Induk
  2. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf  Pentadbiran yang dilaksanakam di Kampus Negeri dan Cawangan
  3. Pengurusan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi
  4. Pengurusan Kenaikan Pangkat Staf Pentadbiran Kumpulan Pelaksana Secara Khas untuk Penyandang (KUP)


LATARBELAKANG

B erikutan dengan penubuhan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) pada 1 Julai 2002, nama Bahagian Penilaian dan Kenaikan Pangkat telah ditukarkan kepada Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya (BPPPK). Bahagian ini terletak di Aras 3, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya (BPPPK) diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar dengan dibantu oleh seorang (1) Penolong Pendaftar kanan, empat (4) orang Penolong Pendaftar dan 12 orang staf pelaksana dengan fungsi-fungsi berikut:-

  • Pengurusan penilaian prestasi tahunan staf
  • Pengurusan pengesahan ke dalam perkhidmatan 
  • Pengurusan kenaikan pangkat staf akademik
  • Pengurusan kenaikan pangkat staf pentadbiran


OBJEKTIF

B

agi memastikan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dapat mencapai matlamatnya, maka objektif Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya seperti berikut:

  1. Pengurusan penilaian prestasi tahunan staf yang objektif, adil dan telus.
  2. Pengurusan pengesahan ke dalam perkhidmatan yang efisyen dan bersistematik.
  3. Pengurusan kenaikan pangkat staf akademik yang berasaskan kepada tahap kecemerlangan akademik.
  4. Pengurusan kenaikan pangkat staf pentadbiran yang cekap dan kompeten.


PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti piagam pelanggan berikut:

  1. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tahun penilaian semasa dimasukkan ke dalam Sistem STARS sebelum bulan April tahun berikutnya.
  2. Keputusan PPSM Induk diambil tindakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh mesyuarat.
  3. Surat pengesahan ke dalam perkhidmatan dilaksanakan dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari dari tarikh akhir keputusan Lembaga Pengesahan ke Dalam Perkhidmatan diterima.
  4. Surat pelantikan bagi urusan kenaikan pangkat staf akademik dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Lembaga Pengarah UiTM atau Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan diterima.
  5. Surat pelantikan bagi urusan kenaikan pangkat staf pentadbiran dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan Lembaga Pengarah UiTM atau Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan diterima.


CARTA ORGANISASI
Carta Organisasi JPSM-BPPPK

DIREKTORI STAF

BilNamaJawatanNo. TelefonEmel
KETUA
1. Nusuhah Mohamad Timbalan Pendaftar 603-5544 3040 nusuhah This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Address:
Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam 40450

Fax: 603 5544 3029

PENTADBIRAN
2. Norizma Azdalita Abd Aziz Pemb. Setiausaha Pejabat 603-5544 3041 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
3. Ismam Parlan Kerani Kanan 603-5544 3028 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4. Nor Aznita Mohd Sani Kerani 603-5544 3047 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
5. Mohd Fuad Harun Pembantu Am Pejabat 603-5544 3043 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
6. Haryanti Ab Razak Pembantu Am Pejabat 603-5544 3043 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK (VK7 / DM54 / /DM52 / DM46)
7. Wan Ismahanini Ismail Penolong Pendaftar Kanan 603-5544 3042 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
8. Hanim Azura Mahyudin Penolong Pendaftar 603-5544 3045 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
9. Rosmah Sulaiman Pegawai Eksekutif Kanan 603-5544 3008 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
10. Mohd Fareez Mohd Zainudin Kerani 603-5544 3043 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT STAF PENTADBIRAN
11. Nazlin Mat Rahim Penolong Pendaftar 603-5544 3799 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
12. Syed Harun Said Mohd Pegawai Eksekutif 603-5521 1305 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PENGURUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN STAF AKADEMIK / KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
13. Hanim Azura Mahyudin Penolong Pendaftar 603-5544 3045 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
14. Yessy Zulfikar Kerani 603-5544 3043 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PENGURUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN STAF KUMPULAN PELAKSANA
15. Nurbaizura Edayu Mohd Annuar Penolong Pendaftar 603-5544 3044 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
16. Aida Rohayu Abd Rahim Kerani 603-5544 3043 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN STAF / APC / PPSM / KESEPAKARAN
17. Sazlyra Mohd Arshad Penolong Pendaftar 603-5544 3044 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
18. Jalima Johari Pegawai Eksekutif Kanan 603-5544 3046 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
19. Amesutiny Mohd Subry Kerani 603-5544 3047 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.