Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Pengenalan


LATARBELAKANG

Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf telah ditubuhkan pada 01.01.2002. Sebelum ini bernaung di bawah Bahagian Saraan dan Ganjaran, Pejabat Pendaftar. Bahagian ini terletak di Aras 2, Pejabat Pendaftar dengan diketuai oleh seorang (1) Penolong Pendaftar Kanan dan dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pendaftar serta lapan (8)  orang staf sokongan.


OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua staf selaras dengan fungsi dan peranan sebagai penghubung dan memastikan kebajikan staf terjamin sepanjang perkhidmatannya di UiTM.

 


PIAGAM PELANGGAN

K ami menjamin perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkualiti selaras dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di UiTM serta memastikan perkara-perkara berikut menjadi budaya kerja kami:

  1. Surat jaminan hospital diserahkan dalam tempoh sepuluh (10) minit kepada staf yang memohon. 
  2. Pemohonan tuntutan bayaran rawatan dan faedah hospital skim insuran berkelompok diproses dalam tempoh tujuh (7 ) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 
  3. Permohonan pelantikan ke jawatan penting diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 
  4. Bantuan pengurusan Jenazah diserahkan kepada Waris dalam tempoh tiga  (7) hari bekerja dari tarikh kematian. 
  5. Wang sumbangan Skim Khairat Kematian  diserahkan kepada waris dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh kematian staf.


CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi JPSM-BPKS