Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel


LATARBELAKANG

Bahagian Saraan dan Perkhidmatan (BSP) dahulunya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan adalah merupakan salah satu nadi terpenting dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat staf UiTM.

Apabila Pejabat Pendaftar disusun semula mulai 1 Jun 1999. Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Saraan dan Ganjaran untuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-

• Urusan Saraan
• Urusan Perkhidmatan
• Urusan Pengurusan Rekod dan Maklumat Staf

Berikutan dengan penubuhan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) pada 1 Julai 2002, nama Bahagian Saraan dan Ganjaran telah ditukarkan kepada Bahagian Saraan dan Perkhidmatan. Bahagian ini terletak di Aras 1, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dan diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar dengan dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar kanan serta empat (4) orang Penolong Pendaftar dan 40 orang staf sokongan. Mulai pada 01 Februari 2011, penstrukturan semula fungsi di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Saraan & Perkhidmatan telah di beri tambahan fungsi-fungsi berikut:-

• Pengurusan Saraan
• Pengurusan Rekod Dan Perkhidmatan
• Pengurusan Perletakan Taraf Berpencen Dan Persaraan


OBJEKTIF

Menjadikan pusat perkhidmatan dan sumber maklumat staf yang cemerlang selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti, suasana kerja yang selesa serta perkhidmatan yang berfokuskan kepada pelanggan yang mematuhi perundangan, dasar dan peraturan yang berkuat kuasa serta diterima pakai di UiTM.


PIAGAM PELANGGAN

K ami beriltizam untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti piagam pelanggan berikut:

  1. Menyediakan Laporan Perubahan Gaji (LPG) bagi emolumen yang dilayaki staf dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima. 
  2. Menyediakan LPG bagi pemberian elaun yang dilayaki staf dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima. 
  3. Menyediakan LPG bagi pergerakan gaji tahunan staf dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima. 
  4. Menguruskan Elaun Penanggungan Kerja dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. 
  5. Mengeluarkan keputusan permohonan cuti dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari permohonan lengkap/ kelulusan Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK) diterima. 
  6. Mengeluarkan kelulusan permohonan Elaun Pakaian Panas, Elaun Pakaian Istiadat, Elaun Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dan Pakaian Black Tie dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari permohonan lengkap diterima.
  7. Mengeluarkan surat pengesahan perkhidmatan staf dalam masa sepuluh (10) minit.
  8. Menyemak permohonan pinjaman perumahan kerajaan dan menyediakan surat iringan untuk dikemukakan ke Perbendaharaan Malaysia dalam masa satu (1) jam. 
  9. Menguruskan permohonan mengambilkira perkhidmatan lepas untuk dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh tiga bulan (3) dari tarikh permohonan lengkap diterima. 
  10. Menguruskan permohonan jawatan tetap di jabatan luar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  11. Menguruskan persaraan staf UiTM di dalam tempoh minimum satu (1) tahun dengan memastikan pesara memperolehi surat kelulusan penerimaan ganjaran. 
  12. Memastikan semua staf yang memilih skim pencen diuruskan permohonan kelulusan “Perletakan Taraf Pekerja Berpencen” ke Jabatan Perkhidmatan Awam selepas genap tiga (3) tahun berkhidmat. 
  13. Memastikan semua kelulusan ”Perletakan Taraf Pekerja Berpencen” dari Jabatan Perkhidmatan Awam dimaklumkan kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh surat JPA diterima.


CARTA ORGANISASI
Carta Organisasi JPSM-BSP