Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

LATARBELAKANG

Fabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM) adalah sebahagian daripada Pejabat Pendaftar UiTM yang berperanan sebagai Pusat Pembangunan Sumber Manusia. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia menjadi penggerak utama dalam memenuhi objektif kualiti BPD yang kedua iaitu meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia.

Sejajar dengan matlamat dan perspektif bagi melahirkan tenaga kerja dan modal insan yang berkualiti dan berprestasi tinggi, program pembangunan sumber manusia yang ditawarkan perlu menepati keperluan dan kehendak Universiti serta selaras dengan dasar negara.

Terdapat tiga (03) bahagian di JPbSM yang bertanggungjawab untuk membangunkan modal insan UiTM yang kompeten dan berpengetahuan iaitu:

  1. Bahagian Latihan & Kompetensi
  2. Bahagian Biasiswa
  3. Institut Latihan UiTM

Di JPbSM juga terdapat satu (01) Unit Pentadbiran yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran Jabatan.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan program-program latihan bagi pembangunan dan peningkatan kompetensi staf;
  2. Menyediakan peluang-peluang peningkatan kelayakan akademik dan kesarjanaan staf dan Tenaga Pengajar Muda UiTM;
  3. Menyediakan keperluan pembangunan kerjaya dan peperiksaan perkhidmatan staf; dan
  4. Menyediakan kemudahan latihan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti piagam pelanggan berikut:

  1. Memastikan 80% staf menghadiri latihan dalam dan luar negara sekurang-kurangnya 42 jam setahun;
  2. Memorandum biasiswa (Staf Akademik/ TPM) dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh terima tawaran rasmi Kementerian Pengajian Tinggi;
  3. Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan dikeluarkan dalam tempoh satu (01) bulan dari tarikh mesyuarat Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan;
  4. Memastikan penilaian terhadap penyediaan kemudahan fasiliti Pusat Latihan mencapai sekurang-kurangnya 80%.

CARTA ORGANISASI