HOME: Pejabat Pendaftar Perutusan Pendaftar

Perutusan Pendaftar

E-mail Print PDF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Saya bagi pihak warga Pejabat Pendaftar, mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA.

Objektif Pejabat Pendaftar, adalah;
a) menyediakan staf UiTM yang berkelayakan berdasarkan skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa;
b) meningkatkan kompetensi staf UiTM melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia;
c) mengurus hal ehwal perkhidmatan staf UiTM selaras dengan dasar dan peraturan UiTM dan Kerajaan Malaysia;
d) menyelenggara rekod pelajar & graduan UiTM yang tepat dan kemaskini;
e) menyelenggara rekod UiTM yang mudahrujuk;
f) melaksana kawalan keselamatan nyawa dan harta benda di UiTM; dan
g) menyediakan khidmat sokongan UiTM Shah Alam yang mesra pelanggan.

Laman web Pejabat Pendaftar UiTM ini dibangunkan untuk memberi maklumat terkini kepada pelanggan khususnya staf UiTM dan semua pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Pendaftar.

Di samping itu, pautan utama kepada laman web ini iaitu Portal I-Staff yang menyediakan penyampaian perkhidmatan atas talian (on line) adalah usaha berterusan untuk meningkatkan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan. Penyampaian perkhidmatan yang dimaksudkan adalah; eKiosk Peribadi, ePTK, eCuti, eLACs, eBiasiswa, ePengambilan Staf, eKenaikan Pangkat, eLatihan dan eKaunseling. Sistem sokongan atas talian pula adalah eMaklumat Jabatan, eMaklumbalas Pelanggan Pejabat Pendaftar, eKlinik Panel, eInventori Penilaian Kendiri, eKeselamatan V2, eDisiplin dan Laporan Online.

Kepuasan hati pelanggan adalah kecemerlangan kami. Justeru, pihak kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas dan pandangan bagi usaha penambahbaikan berterusan melalui eMaklumbalas Pelanggan Pejabat Pendaftar http://iapps.uitm.edu.my/eaduan/.

Selamat melayari Laman Web Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA.

Terima kasih.


DR. HAJAH ZAHRAH MOKHTAR
Pendaftar
Universiti Teknologi MARA

Dr Hjh Zahrah Mokhtar