HOME: Pejabat Pendaftar

Latarbelakang

Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pentadbiran bagi seluruh sistem universiti yang bertanggungjawab dalam urusan pengurusan dan pembangunan staf, pengurusan pelajar, pengurusan arkib dan muzium, keurusetiaan Lembaga Pengarah uiTM dan pengendalian kemudahan asas UiTM, di UiTM Shah Alam.

Pejabat induknya beroperasi di Bangunan Pejabat Pendaftar, UiTM di alamat Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MARA, Jalan Fikir 1/4A, 40450 Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Iltizam Pejabat Pendaftar membudayakan kualiti dalam pengurusannya telah menempa pelbagai pengiktirafan daripada pihak luar dan dalam UiTM.  

Lokasi Jabatan / Bahagian/ Unit Pejabat Pendaftar di UiTM Shah Alam 
Kedudukan Pejabat Pendaftar dalam Carta Organisasi UiTM 
Carta Organisasi Pejabat Pendaftar