Home
Pembangunan PLUiTM PDF Print E-mail

Cadangan Pembinaan Bangunan Asrama, Blok Seminar dan Pentadbiran
dan Dewan Makan bagi Pusat Latihan UiTM ini merupakan antara Projek Pembangunan Fizikal dan Prasarana UiTM di dalam Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) yang sedang dijalankan.

Konsep Pembangunan

Perancangan susun atur tambahan Bangunan Asrama,Blok Seminar dan Pentadbiran, Dewan Makan yang dicadangkan ini mengambilkira rupabentuk semasa tapak yang merupakan tanah rata dipenuhi dengan pokok-pokok matang daripada jenis Akasia. Kesesuaian tapak PLUiTM ini yang dipenuhi dengan kehijauan menjadi sumber insipirasi dalam rekabentuk pembangunan tiga blok bangunan baru ini.

Bangunan Asrama


Konsep 'Hotel Room' diaplikasi ke dalam rekabentuk bangunan asrama 4 tingkat ini untuk mendapatkan aura 'Resort Style' dengan kemudahan bilik air dalam setiap bilik. Setiap bilik dengan muatan 2 orang dilengkapi almari pakaian,katil,meja serta balkoni tempat penyidai pakaian. Kedua-dua blok ini mengandungi 148 bilik dengan kapasiti 283 jumlah orang pada satu-satu masa.Ia juga dilengkapi bilik dobi,bilik pantri serta kemudahan lif untuk kerja-kerja 'Housekeeping'.

Pejabat Pentadbiran Asrama dilengkapi dengan Surau,Pusat Sumber,Pejabat Am,Pusat Komputer dan Bilik Pengurus.

Blok Seminar dan Pentadbiran

Ia adalah bangunan satu tingkat dengan 2 blok bangunan dilengkapi dengan 4 buah bilik seminar berkapasiti 56 orang setiap satu dan 2 buah makmal komputer dengan kapasiti 50 orang setiap satu. Terdapat juga 4 buah bilik tutorial berkapasiti 30 orang setiap satu untuk kegunaan peserta kursus.Kemudahan lain yang disediakan ialah Bilik Mesyuarat,Bilik Pegawai Pentadbiran,Bilik Server,Bilik Fail,Setor,Surau serta kemudahan sokongan seperti pantri dan tandas

Dewan Makan

Dewan Makan ini boleh memuatkan 304 orang tetamu pada sat-satu masa dengan ruang terbuka (Open Plan) bagi ruang makan utamanya. Rekabentuk dewan makan ini menyediakan susunatur jenis berhidang (untuk VIP) dan buffet bagi peserta-peserta kursus.Dibahagian hadapan bangunan ditempatkan bilik-bilik kawalan seperti Pejabat Pengurus Dewan Makan,Bilik Audio Visual,Surau dan Bilik Makan Pekerja.