Home
Unit Kewangan PDF Print E-mail
Wednesday, 24 June 2009 07:52

Objektif Unit Kewangan

Selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Pusat Latihan UiTM, objektif kami adalah:-

  • Mengendalikan sistem kewangan bersepadu (FAIS) untuk memberi khidmat pengurusan kewangan dengan cekap, tepat dan tanggungjawab kepada pelanggan selaras dengan visi,misi dan objektif pusat latihan
  • Melaksanakan sistem pengurusan kewangan bagi memudahkan pelanggan disamping menepati kehendak-kehendak peraturan kewangan universiti
  • Laporan audit bersih tahunan adalah merupakan satu matlamat penting kepada Pejabat Bendahari. Laporan bersih ini adalah mencerminkan tahap kecekapan dalam pengurusan kewangan dan mutu perkhidmatan adalah tinggi.

Piagam Pelanggan Unit Kewangan

Kami beriltizam Memberi Perkhidmatan Yang Cekap, Cepat, Tepat Dan Bertanggungjawab Untuk Mencapai Objekti Unit Kewangan.

  • Menyediakan Anggaran Belanjawan mengurus Tahunan UITM yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
  • Menyediakan Agihan peruntukan Tahunan sebelum atau pada 1 Januari setiap tahun
  • Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh terima dokumen lengkap
  • Pengeluaran barang stor dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  • Mengeluarkan pesanan jabatan untuk permohonan perolehan melalui:-
    • Tender/sebutharga rasmi/rundingan terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
    • Sebutharga runcit/ kontrak pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan diluluskan dalam FAIS.

 

Last Updated on Tuesday, 29 March 2011 06:33
 

Unit Kewangan