Bahagian Saraan dan Perkhidmatan dahulunya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan adalah merupakan salah satu nadi terpenting dalam pengurusan sumber manusia dan pengurusan maklumat staf UiTM. Apabila Pejabat Pendaftar disusun semula mulai 1 Jun 1999, Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Saraan dan Ganjaran dan dibahagikan kepada 3 unit:-
- Unit Saraan
- Unit Perkhidmatan
- Unit Pengurusan Rekod dan Maklumat Staf
Berikutan dengan penubuhan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) pada 1 Julai 2002, nama Bahagian Saraan dan Ganjaran telah ditukarkan kepada Bahagian Saraan dan Perkhidmatan. Bahagian ini terletak di Aras 1, Pejabat Pendaftar dan diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar dengan dibantu oleh tiga 3 orang Penolong Pendaftar dan 27 orang staf sokongan.
OBJEKTIF
Menjadikan pusat perkhidmatan dan sumber maklumat staf yang cemerlang selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti, suasana kerja yang selesa, pembangunan potensi pegawai serta perkhidmatan yang berfokuskan kepada pelanggan.
















