HOME: Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Perhubungan & Kebajikan Staf

Pengenalan

E-mail Print PDF

 

Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf telah ditubuhkan pada 01.01.2002. Sebelum ini bernaung di bawah Bahagian Saraan dan Ganjaran, Pejabat Pendaftar. Bahagian ini terletak di Aras 2, Pejabat Pendaftar dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar Kanan dan dibantu oleh dua orang Penolong Pendaftar serta enam 7 orang staf sokongan.

 

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada semua staf selaras dengan fungsi dan peranan sebagai penghubung dan memastikan kebajikan staf terjamin sepanjang perkhidmatannya di UiTM.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami menjamin perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkualiti selaras dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di UiTM serta memastikan perkara-perkara berikut menjadi budaya kerja kami:

  • Surat jaminan hospital/kad rawatan diserahkan dalam tempoh sepuluh (10) minit kepada staf yang memohon.
  • Pemohonan tuntutan bayaran rawatan dan faedah hospital skim insuran berkelompok diproses dalam tempoh empat belas (14 ) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Permohonan pelantikan ke jawatan penting dan lain-lain kemudahan staf diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Perakuan pembayaran elaun-elaun yang berkaitan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  • Permohonan Saraubat diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Urusan persaraan staf UiTM dimulakan selewat-lewatnya satu (1) tahun sebelum tarikh persaraan dengan memastikan pesara memperolehi surat kelulusan penerimaan ganjaran dan bayaran pencen serta Award Gantian Cuti Rehat dua (2) bulan selepas persaraan.
  • Kepuasan hati pelanggan terhadap penganjuran Kursus Bakal Pesara dan Majlis Jasamu Dikenang ditahap Amat Baik dan Cemerlang pada kadar melebihi 80%.
  • Perakuan “Perletakan Taraf Pekerja Berpencen” semua staf yang memilih skim pencen yang telah disah dalam jawatan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh satu (1) bulan setelah tiga (3) tahun berkhidmat dan telah disahkan dalam jawatan yang disandang.
  • Bantuan pengurusan Jenazah diserahkan kepada Waris dalam tempoh (1) hari bekerja dari tarikh kematian.
  • Wang sumbangan Skim Khairat Kematian dan Bantuan Pengurusan Jenazah diserahkan kepada waris dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kematian staf.