HOME: Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pengurusan Prestasi & Peningkatan Kerjaya

Pengenalan

E-mail Print PDF

Pada 25 September 1996, Jawatankuasa Perancangan Strategik ITM telah memperakukan Pelan Perancangan Strategik Pejabat Pendaftar (1996-2000) yang meliputi penyusunan semula struktur Pejabat Pendaftar ITM ketika itu.

Selaras dengan matlamat untuk memantapkan pengurusan sumber manusia, beberapa bahagian dan unit baru telah ditubuhkan termasuk Bahagian Penilaian dan Kenaikan Pangkat.  Fungsi Bahagian ini telah dikemaskini dalam Perancangan Strategik Pejabat Pendaftar 2005-2005, dan disesuaikan namanya ke Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya. 

OBJEKTIF

untuk menentukan keberkesanan dan kecekapan sumber manusia, berteraskan pembangunan kompetensi bagi tujuan ganjaran, peningkatan kerjaya dan motivasi.

AKTIVITI

Kenaikan Pangkat Staf

  • Urusetia kepada urusan kenaikan pangkat staf akademik, yang melibatkan penilaian daripada Jawatankuasa Kesepakaran Fakulti, penilaian di peringkat Gugusan, temuduga, Lembaga Kenaikan Pangkat, penilai luar, pengesahan Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan atau Lembaga Pengarah Universiti serta keputusan berkaitan urusan ini.
  • Urusan kenaikan pangkat staf pentadbiran yang melibatkan iklan, temuduga, penurunan kuasa Lembaga Temuduga ke Kampus Cawangan bagi staf Kumpulan Sokongan Gred 1-26, pengesahan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan serta keputusan kenaikan pangkat.

Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan

Aktiviti ini berkaitan dengan urusan pengesahan ke dalam perkhidmatan staf tetap Universiti, termasuk permohonan pengecualian Kursus Induksi atau Peperiksaan Perkhidmatan, pelanjutan tempoh percubaan, mesyuarat Lembaga Pengesahan di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Mesyuarat Lembaga Pengesahan Kumpulan Sokongan serta surat-surat pengesahan.

Pengurusan Prestasi Tahunan Staf

Aktiviti ini melibatkan pemantauan dan penyelarasan proses penyediaan penilaian prestasi tahunan staf Universiti, kecuali staf dalam pengajian. Ia berkait rapat dengan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta pemberian Anjakan Gaji bagi staf yang diperaku. Pengurusan prestasi tahunan, pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anjakan Gaji ini dikemukakan ke Mesyuarat Pembangunan Sumber Manusia Induk untuk pengesahan / perakuan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami menjamin perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa di UiTM.

  1. Surat pengesahan ke dalam perkhidmatan bagi staf dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh akhir keputusan Lembaga Pengesahan ke dalam perkhidmatan diterima.
  2. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tahun penilaian dimasukkan ke dalam Sistem STARS dalam tempoh 6 bulan tahun berikutnya.
  3. Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh akhir terima perakuan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Induk.
  4. Surat pelantikan jawatan kenaikan pangkat staf pentadbiran adalah dilaksanakan dalam tempoh 3- hari bekerja dari tarikh terima keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM.
  5. Surat pelantikan bagi urusan kenaikan pangkat staf akademik dikeluarkan dalam tempoh 5 minggu dari tarikh keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan atau Lembaga Pengarah UiTM diperolehi.