HOME: Jabatan Bahagian Perkhidmatan Psikologi

Pengenalan

E-mail Print PDF

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling merupakan pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan dan pembangunan sumber manusia di UiTM. Memandangkan kepentingan dan keperluannya seiring dengan perkhidmatan yang lain, maka Pejabat Pendaftar telah menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Psikologi pada 1 Oktober 2002. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pendaftar Kanan dan dibantu oleh tiga orang Penolong Pendaftar serta enam orang staf sokongan.

PIAGAM PELANGGAN 

  • Memulakan sesi kaunseling pertama dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Penilaian penganjuran oleh peserta bagi setiapprogram psikologi dan kaunseling di tahap amat baik dan baik pada kadar melebihi 80%
  • Kadar kepuasan hati pelanggan di tahap amat baik dan cemerlang adalah melebihi 80% setiap bulan.
  • 80% aduan dan maklumbalas  pelanggan yang diterima daripada pelanggan setiap bulan adalah aduan dan maklumbalas yang tidak perlu susulan