HOME: Jabatan Bahagian Pentadbiran & Sekretariat

Pengenalan

E-mail Print PDF

Bahagian Pentadbiran dan Sekretariat adalah salah satu bahagian di bawah Pejabat Pendaftar. Bahagian ini pada asalnya dipanggil Pejabat Pentadbiran Am dan Majlis dan diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar. 

Memandangkan fungsi Bahagian ini bukan sahaja terhad kepada urusan pentadbiran tetapi juga hal ehwal perundangan dan semua urusan mesyuarat yang melibatkan Pendaftar sebagai Setiausaha, maka Bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pentadbiran dan Sekretariat. Pertukaran ini juga selaras dengan Akta ITM 1996 yang menukar nama Majlis ITM kepada Lembaga Pengarah ITM (kini Lembaga Pengarah UiTM).  Bahagian ini diketuai oleh seorang Timbalan Pendaftar.

OBJEKTIF

Menjadi Sekretariat Lembaga Pengarah UiTM dan pusat pentadbiran am Pejabat Pendaftar yang cekap dan berkesan dengan kepatuhan kepada dasar dan peraturan UiTM untuk memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Fail Mesyuarat LPU diedarkan selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja  sebelum tarikh mesyuarat.
  • Petikan minit mesyuarat LPU diedarkan untuk tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas minit disahkan.
  • Memproses permohonan kerja lebih masa yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Memproses permohonan kemudahan talian telefon yang lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Memproses permohonan kemudahan parkiran kenderaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.