HOME: Jabatan Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen

Pengenalan

E-mail Print PDF

 

Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen adalah pusat utama yang mengendalikan pengurusan rekod pelajra yang melibatkan penyenggaraan dan pengemaskinian rekod pelajar bagi urusan pengijazahan dan seterusnya pengendalian istiadat Konvokesyen.

Bahagian ini diletakkan di bawah Pejabat Pendaftar dan diketuai oelh seorang Timbalan Pendaftar Kanan yang dibantu oleh dua (2) orang Penolong Pendaftar, dua (2) orang Pegawai Eksekutif dan dua puluh satu (21) orang staf pentadbiran.

OBJEKTIF

Mengurus dan menyenggara rekod pelajar serta mengendalikan Istiadat Konvokesyen Universiti bagi penganugerahan graduan Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana, Sarjana Muda, Program Profesional dan Diploma.  

PIAGAM PELANGGAN 

  • Permohonan transkrip akademik alumni disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Skrol dan transkrip akademik diserahkan kepada graduan selepas setiap sidang konvokesyen selesai
  • Permohonan skrol bagi pertukaran taraf pengajian daripada Diploma ke Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Lanjutan ke Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Surat pengesahan pelajar/alumni dikeluarkan pada hari yang sama permohonan diterima
  • Surat kelulusan menarik diri dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Surat keputusan pertukaran kampus dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas menerima ulasan daripada fakulti/kampus cawangan yang berkenaan
  • Surat keputusan pertukaran mod dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas menerima ulasan daripada fakulti/pusat pengajian/kampus cawangan yang berkenaan
  • Keputusan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) diumumkan kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan