HOME: Jabatan Bahagian Pengurusan Kualiti

Pengenalan

E-mail Print PDF

Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ),  Pejabat Pendaftar ditubuhkan pada 01 Februari 2008. BPQ adalah gabungan Unit Pengurusan Kualiti dan Unit Komunikasi dan Khidmat Pelanggan.  Penubuhan ini telah diputuskan oleh pengurusan Pejabat Pendaftar dalam Bengkel Pengurusan Pejabat Pendaftar 2008 pada 11 hingga 13 Januari 2008 di A'Famosa Resort Hotel, Melaka.  Mesyuarat Ketua Jabatan Bilangan 15/2008 paa 13 Februari 2008 telah mengesahkan penubuhan ini. BPQ, Pejabat Pendaftar adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan kualiti dan pengurusan khidmat pelanggan di Pejabat Pendaftar.

OBJEKTIF

Bagi memastikan Pejabat Pendaftar cekap dan berkesan, objektif  BPQ adalah seperti berikut: 

  • menyelenggara sistem pengurusan BPD supaya sentiasa cekap dan sesuai deengan sistem UiTM;
  • mengendali program latihan sumber manusia dan pembangunan organisasi untuk meningkatkan kompetensi staf BPD;
  • menyelaras pengurusan pelanggan supaya mesra dan berkesan; dan
  • menjadikan BPQ sebagai jabatan yang cekap dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk mencapai kehendak dan keperluan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan seperti piagam pelanggan berikut:

  • persepsi staf terhadap pengurusan BPD pada skala 4 dan ke atas;
  • prestasi pencapaian objektif kualiti dilaporkan kepada pengurusan BPD setiap bulan;
  • pelaksanaan inisiatif perancangan strategik BPD dilaporkan kepada pengurusan BPD setiap setengah tahun sekali;
  • latihan yang diberi kepada stafa adalah untuk menepati kompetensi yang diperlukan; dan
  • penyampaian perkhidmatan pelanggan adalah menepati petunjuk prestasi proses