Unit Pengurusan Disiplin ditubuhkan pada 16.06.1997. Unit ini telah dinaiktaraf kepada Bahagian Pengurusan Disiplin mulai 3 Mei 2010.
Bahagian ini terletak di Pejabat Pendaftar, Aras 3, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin dengan diketuai oleh seorang (1) Ketua dan dibantu oleh seorang (1) Penolong Pendaftar, dua (2) orang Pegawai Eksekutif, seorang (1) Kerani Kanan, lima (5) orang Kerani dan seorang (1) Pembantu Am Pejabat.
OBJEKTIF
Mengambil tindakan ke atas laporan salah laku dan memastikan pematuhan staf UiTM kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605], pekeliling dan peraturan yang berkuatkuasa.
PIAGAM PELANGGAN
1. Memaklumkan keputusan tindakan tatatertib kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
2. Memaklumkan keputusan rayuan tatatertib kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
3. Mendaftar dan memaklumkan terimaan Surat Aku Janji kepada staf berkenaan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan.
4. Memaklumkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan UiTM (Perisytiharan Harta dan Liabiliti) kepada staf berkenaan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh mesyuarat.
5. Mengambil tindakan dan arahan susulan terhadap laporan kad perakam waktu Jabatan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh laporan diterima.
6. Memaklumkan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti mengenai tindakan surcaj kepada staf berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh keputusan mesyuarat diterima.












