Galeri Tun Abdul Razak ditubuhkan pada 10 November 2006. Galeri ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ia diwujudkan bertujuan untuk mempamerkan bahan sejarah dan bahan antikuiti bagi tatapan warga UiTM dan orang ramai.
Berkuatkusa pada 02 Mei 2010, Galeri Tun Abdul Razak telah dipisahkan daripada pentadbiran Bahagian Arkib & Muzium. Kini, Galeri Tun Abdul Razak di bawah pengawasan Yg. Bhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar; Pendaftar dan dikelolakan oleh Puan Fauzieah Hanim Al-Johari; Timbalan Pendaftar Kanan Galeri Tun Abdul Razak.
Objektif
Bagi memastikan Pejabat Pendaftar cekap dan berkesan, objektif Galeri Tun Abdul Razak adalah seperti berikut;
a) Menjalankan kerja-kerja pengumpulan dan pemuliharaan bahan antikuiti.
b) Menjadikan Galeri Tun Abdul Razak UiTM sebagai tempat pameran dan rujukan sejarah dan kecemerlangan UiTM.
c) Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran dan program-program pendidikan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra di dalam tugas-tugas berikut;
- Penilaian pelawat terhadap pameran di Galeri Tun Abdul Razak pada tahap amat baik dan cemerlang adalah pada skala empat (4) dan ke atas.
- Mengadakan pameran tentang sejarah melalui pameran tetap dan pameran berkala.
- Permohonan lawatan rasmi ke Galeri Tun Abdul Razak melalui surat dijawab dalam masa tiga (3) hari.












